399
• Jangan caskan berdekatan dengan air.
Amaran- untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kontaminasi silang, yang jika tidak
dielakkan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan yang serius:
• Jangan gunakan semula pemasangan bilah pemotong. Penggunaan satu pesakit sahaja.
• Sentiasa bersihkan badan pemotong selepas digunakan pada setiap pesakit.
Awas
AWAS: Menunjukkan situasi berbahaya yang, jika tidak dielakkan, boleh menyebabkan kecederaan
ringan atau sederhana.
Awas- untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kebakaran dan voltan yang berbahaya,
yang jika tidak dielakkan boleh menyebabkan kecederaan ringan atau sederhana dan/atau
kerosakan pada harta:
• Jangan sterilkan badan pemotong, pengecas lepas dengan kord atau pemasangan bilah.
• Hanya gunakan sambungan yang disyorkan oleh pengeluar.
• Sentiasa simpan pemotong dan pengecas lepas dengan kord di dalam kawasan yang
bebas lembapan.
• Jangan cuba tukarkan bateri di dalam pemotong.
• Jangan usik komponen dalam peranti. Tiada bahagian yang boleh diserviskan oleh pengguna
di dalam peranti ini.
• Jangan caskan pemotong di luar bangunan.
• Pastikan pengecas lepas dengan kord berada jauh dari permukaan yang panas.
• Lihat plat rating pada unit kord pengecas lepas untuk mendapatkan voltan alur keluar dinding
yang betul.
• Peranti ini boleh menyebabkan Gangguan Elektromagnet (EMI). Jika ini berlaku, pisahkan
produk dari peranti yang terlibat.
• Penggunaan aksesori lain selain yang ditetapkan boleh menyebabkan peningkatan dalam
pelepasan atau berkurangnya imuniti pemotong.
• Jangan rendamkan pemotong di dalam air atau larutan lain lebih dalam dari 6 ini atau lebih
lama dari 15 minit.
• Jangan tanggalkan pemotong semasa hayat berguna pemotong kerana ini boleh menjejaskan
pembinaan kedap air pemotong itu.
Awas- untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kontaminasi alam sekitar, yang jika
tidak dielakkan boleh menyebabkan kecederaan ringan atau sederhana:
• Pada akhir hayat produk, lupuskan semua komponen mengikut peraturan kerajaan anda.
• Lupuskan bateri dengan betul mengikut keperluan tempatan, negeri dan/atau kerajaan anda.
• Jangan usik komponen di dalam peranti. Tiada bahagian yang boleh diserviskan oleh
pengguna di dalam peranti ini.
Awas- untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan luka atau melecet pada kulit, yang jika
tidak dielakkan boleh menyebabkan kecederaan ringan atau sederhana:
• Jangan gunakan pemotong dengan pemasangan bilah pemotong yang rosak atau pecah.
• Jangan potong dengan cara mengais kerana teknik ini boleh merosakkan kulit pesakit.
Awas- untuk mengurangkan risiko lecur, yang jika tidak dielakkan boleh menyebabkan
kecederaan ringan atau sederhana:
• Suhu bilah boleh mencapai 50°C (122°F) dan ke atas selepas diguna dalam tempoh
yang lama.
• Jangan biarkan bilah di lokasi yang sama pada kulit lebih lama dari satu saat.
• Jika digunakan dalam suhu >30°C hingga 35°C gunakan menggunakan kitaran tugas 30 minit
hidup diikuti dengan 20 minit mati.