12
ms Penyelesaian masalah
■ Keringkan tapak pengadun dalam
kedudukan tegak (bilah pengadun
menghadap ke atas) supaya apa-apa
air yang terperangkap dapat mengalir
keluar.
Nota: Peralatan dengan kabel pilin:
Jangan sesekali melilit kabel pada
peralatan!
Penyelesaian masalah
Rosak
Peralatan mati semasa pengendalian
Langkah pemulihan
Ciri perlindungan beban lampau telah
diaktifkan.
■ Matikan peralatan dan tanggalkan
palam sesalur.
■ Biarkan peralatan untuk sejuk selama
kira-kira 1 jam bagi menyahaktifkan
peranti perlindungan beban lampau.
■ Hidupkan peralatan sekali lagi.
Jika kerosakan tidak dapat dibaiki, sila
hubungi khidmat pelanggan.
Resipi
Mayonis
– 1 biji telur (kuning telur dan putih telur)
– 1 sudu besar biji sawi
– 1 sudu besar jus lemon dan cuka
– 200-250 ml minyak
– Garam, lada secukup rasa
Ramuan hendaklah berada pada suhu yang
sama!
■ Letakkan ramuan di dalam jag.
■ Letakkan pengadun tangan di bahagian
bawah jag dan hidupkannya (kelajuan
turbo) sehingga campuran teremulsi.
■ Perlahan-lahan naikkan pengadun
yang dihidupkan setakat pinggir atas
campuran dan turunkannya semula
sehingga mayonis siap.
Tip: Menurut resipi ini, anda juga boleh
membuat mayonis dengan kuning telur
sahaja. Walau bagaimanapun, gunakan
hanya separuh jumlah minyak.
Sup sayur
– 300 g kentang
– 200 g lobak
– 1 batang saderi kecil
– 2 biji tomato
– 1 biji bawang
– 50 g mentega
– 2 l air
– Garam, lada secukup rasa
■ Buangkan kulit dan biji tomato.
■ Cincang sayuran yang telah dibersihkan
dan dibasuh dan saute ke dalam
mentega panas.
■ Tambah air dan garam.
■ Biarkan masak selama 20-25 min.
■ Angkat kuali dari dapur.
■ Purikan sup dalam kuali dengan
pengadun.
■ Perasakan dengan garam dan lada.
Doh krep
– 250 ml susu
– 1 biji telur
– 100 g tepung
– 25 g mentega cair yang sejuk
■ Masukkan semua bahan ke dalam jag
dalam turutan yang ditunjukkan dan
adun sehingga menjadi doh licin.
Minuman susu adunan
– 1 gelas susu
– 6 biji strawberi besar atau 10 biji
raspberi atau 1 biji pisang (dihiris)
■ Masukkan semua ramuan ke dalam jag
dan adun.
■ Tambah gula secukup rasa.
Tip: Untuk susu kocak tambah satu senduk
ais krim atau gunakan susu yang sangat
sejuk.