EasyManua.ls Logo

Bosch MaxoMixx MSM88160GB - Page 8

Bosch MaxoMixx MSM88160GB
34 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
8
ms Pengendalian mengikut peraturan
Pengendalian mengikut peraturan
Perkakas ini hanya sesuai untuk pengunaan di dalam rumah atau
persekitaran sepertinya. Gunakan peranti hanya untuk kuantiti dan
masa pemprosesan domestik. Jangan melebih kuantiti tinggi yang
dibenarkan (Lihat “Resipi”).
Peranti ini sesuai untuk pemotongan kecil dan pencampuran
makanan. Peranti ini tidak sesuai untuk penyediaan kentang
lecek (atau puri daripada makanan yang mempunyai tekstur yang
sama). Perkakas ini tidak boleh digunakan untuk memproses
objek atau bahan yang lain. Aplikasi tambahan boleh digunakan,
apabila menggunakan aksesori lain yang diluluskan oleh pengilang.
Gunakan alat hanya dengan bahagian dan aksesori asli yang
diluluskan. Jangan gunakan pemasangan ini untuk peranti lain.
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Arahan keselamatan penting
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Semasa pemberian peranti sertakan bersama manual ini.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan perkakas
dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan
yang berlaku. Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan
kekurangan keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan
pengalaman dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah
dilatih mengikut keselamatan pengendalian peralatan ini dan
memahami kesan bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan
daripada perkakas dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan
mengendalikan perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan
bermain dengan perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk
mencuci atau menyelenggara perkakas ini.
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda
kerosakan pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada
perkasas, seperti penukaran kord kuasa yang rosak, hanya boleh
dilakukan oleh servis pelanggan kami bagi mengelakkan bahaya.
Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang
dikawal dengan alat kawalan jauh. Sentiasa awasi perkakas
semasa menggunakannya!
Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan dengan
permukaan panas, seperti letakkan dapur. Jangan biarkan kord
kuasa bersentuhan dengan bahagian panas atau menariknya di
sisi yang tajam.

Related product manuals