MELAYU 51
Darah: bersihkan kotoran yang masih
baru dengan air sejuk. Untuk kotoran
kering, rendam semalaman di dalam air
dengan detergen khas kemudian gosok
dengan sabun dan air.
Cat berasaskan minyak: lembapkan
dengan penghapus kotoran benzin,
bentangkan pakaian di atas kain lembut
dan pedapkan kotoran tersebut; bersih-
kan beberapa kali.
Kotoran gris kering: lembapkan
dengan turpentin, bentangkan pakaian
tersebut di atas permukaan yang lembut
dan pedabkan tanda kotoran dengan
hujung jari dan sehelai kain kapas.
Tanda kotoran degil mungkin tidak
dapat ditanggalkan hanya dengan air
dan detergen. Oleh itu, adalah
dinasihatkan untuk merawatnya terlebih
dahulu sebelum membasuh.
6.5 Menanggalkan Kotoran
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam air
panas atau produk penghapus karat
digunakan dalam air sejuk. Berhati-hati
dengan tanda karat yang sudah lama
kerana struktur selulosanya telah rosak
dan pakaian mudah berlubang.
Kotoran kulat: bersihkan dengan
peluntur, bilas dengan betul(kain putih
dan kain berwarna tahan luntur sahaja).
Rumput: letak sedikit sabun dan
bersihkan dengan peluntur (kain putih
dan kain berwarna tahan luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam: lembapkan
dengan aseton(*), bentangkan di atas
kain lembut dan pedapkan tanda
kotoran itu.
Gincu: lembapkan dengan aseton (*)
seperti di atas, kemudian bersihkan
kotoran dengan spirit bermetil. Hapus-
kan sisa tanda daripada kain putih
dengan peluntur.
Wain merah: rendam dalam air dan
detergen, bilas dan bersihkan dengan
asid asetik atau sitrik, kemudian bilas.
Bersihkan sebarang tanda sisa dengan
peluntur.
Dakwat: bergantung pada jenis
dakwat, lembapkan pakaian dahulu
dengan aseton (*), kemudian dengan
asid asetik; bersihkan sebarang tanda
sisa pada pakaian putih dengan
peluntur dan kemudian bilas dengan
bersih.
Kotoran tar: bersihkan dahulu dengan
penghapus kotoran, spirit bermetil atau
benzin, kemudian gosokkannya
dengan pes detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera
buatan.
Mesin basuh ini memerlukan
penggunaan bahan pencuci
berbuid rendah bagi menghalang
masalah buih berlebihan, hasil
cucian yang tidak memuaskan dan
kerosakan kepada mesin. Bahan
pencuci berbuih rendah yang direka
untuk mesin basuh muatan depan
mempunyai label seperti “Muatan
Hadapan”, “kecekapan tinggi”, “HE”,
seperti “Cold Power for Front Loaders”
or “Matic”.
Jenis Bahan Pencuci dan Kuan-
titi Bahan Pencuci
Jangan menggunakan jenis bahan
pencuci yang salah, seperti bahan
pencuci untuk mesin muatan Atas,
bahan pencuci untuk Cucian Tangan
atau produk-produk berasaskan
sabun untuk mesin basuh muatan
depan anda. Ini boleh menyebabkan
buih berlebihan, masa kitaran lebih
lama, kelajuan putaran yang rendah,
pembilasan yang teruk dan enjin yang
terlebih muatan.
6.6