EasyManua.ls Logo

Huawei BLA-L29 - Page 49

Huawei BLA-L29
80 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Simbol tong sampah yang beroda dan dipalang pada
produk, bateri, risalah dan pakej produk mengingatkan
bahawa semua produk elektronik dan bateri yang tamat
jangka hayat mestilah dihantar ke pusat pengumpulan
sampah yang berlainan; alat-alat tersebut tidak boleh
dibuang bersama sampah rumah tangga biasa. Pengguna
bertanggungjawab membuang kelengkapan tersebut
melalui pusat atau perkhidmatan pengumpulan yang
dikhususkan untuk mengitar semula sisa kelengkapan
elektrik dan elektronik (WEEE) dan bateri mengikut undang-
undang tempatan.
Pengumpulan dan kitar semula kelengkapan anda yang
wajar boleh membantu memastikan bahan buangan
pelengkapan elektrik dan elektronik (EEE) dikitar semula
dengan cara yang menjimatkan bahan-bahan yang bernilai
dan melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar.
Pengendalian yang tidak wajar, keretakan secara tidak
sengaja, kerosakan, dan/atau kitar semula yang tidak wajar
pada akhir hayat kelengkapan tersebut mungkin
menjejaskan kesihatan dan alam sekitar. Untuk maklumat
terperinci mengenai tempat dan cara membuang bahan
buangan EEE anda, sila hubungi pihak berkuasa tempatan,
peruncit atau perkhidmatan pembuangan bahan buangan
rumah tangga atau lawati tapak web http://
consumer.huawei.com/en/.
Pengurangan bahan berbahaya
Peranti ini dan sebarang aksesori elektrik mematuhi
peraturan berkenaan tempatan mengenai pengehadan
penggunaan bahan berbahaya tertentu dalam kelengkapan
elektrik dan elektronik, seperti peraturan EU REACH, RoHS
dan Batteries, dll. Untuk deklarasi pematuhan mengenai
REACH dan RoHS, sila lawat laman web kami http://
consumer.huawei.com/certication.
Pematuhan perundangan EU
Pengendalian dipakai pada badan
Peranti mematuhi
spesikasi RF apabila digunakan
berdekatan telinga anda atau pada jarak 0,50 cm dari
badan anda. Pastikan aksesori peranti seperti bekas peranti
dan pemegang peranti tidak mempunyai komponen logam.
45

Related product manuals