EasyManua.ls Logo

Huawei HD55KAN9A - Page 15

Huawei HD55KAN9A
80 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
11
04. Lekapan Dinding
● Jika penyesuai dinding digunakan, gunakan skru 45 mm.
● Jika penyesuai dinding tidak digunakan, gunakan skru 30 mm.
● Lekap dinding pilihan boleh digunakan dengan peranti anda. Rujuk wakil penjual tempatan
anda untuk membeli pendakap lekap dinding yang disyorkan. Lekatkan pendakap lekap
dinding di belakang peranti dengan berhati-hati. Pasang pendakap lekap dinding pada dinding
yang kukuh serenjang dengan lantai. Jika anda melekatkan peranti ke bahan bangunan yang
lain, sila hubungi individu yang berkelayakan untuk memasang lekap dinding. Arahan terperinci
akan disertakan dengan lekap dinding. Sila gunakan pendakap lekap dinding di tempat peranti
dipasang dengan kemas ke dinding dan terdapat ruang yang mencukupi untuk membolehkan
sambungan ke peranti luaran.
● Elakkan lubang pada peranti daripada tersekat oleh apa-apa objek dan tinggalkan ruang lebih
daripada 10 cm di sekeliling peranti untuk pelesapan haba.
● Putuskan sambungan dengan kuasa sebelum mengalih atau memasang peranti. Kegagalan
berbuat demikian boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
● Tanggalkan dirian sebelum memasang peranti pada lekap dinding dengan mengikuti langkah-
langkah untuk melekatkan dirian mengikut urutan terbalik.
● Jika anda memasang peranti pada siling atau dinding yang condong, ia mungkin jatuh dan
mengakibatkan kecederaan parah. Gunakan lekap dinding yang dibenarkan dan hubungi wakil
penjual tempatan anda atau kakitangan yang berkelayakan. Jika tidak, ia tidak dilindungi oleh
waranti.
● Jangan pasang skru terlalu ketat kerana ini boleh merosakkan peranti dan menyebabkan
waranti anda terbatal.
● Untuk mencegah kecederaan, perkakas ini mesti dilekatkan dengan kemas ke lantai/dinding
mengikut arahan pemasangan.
● Gunakan skru dan lekap dinding yang mematuhi spesikasi berikut. Apa-apa kerosakan atau
kecederaan akibat penyalahgunaan atau menggunakan aksesori yang tidak betul tidak
dilindungi oleh waranti.
A
B
Model HD55KAN9A HD65KAN9A
Skru
Diameter (mm) M6 M6
Jarak (mm)
Panjang 45 45
Pendek 30 30
Kuantiti
Panjang 4 4
Pendek 4 4
Penyesuai dinding
Diameter (mm) 15.8 15.8
Jarak (mm) 25 25
Kuantiti 4 4
Spesikasi lubang skru VESA (A x B) dalam milimeter 200 x 200 400 x 200

Other manuals for Huawei HD55KAN9A

Related product manuals