19
BAHASA MALAYSIA
Untuk memasang, menanggal dan
melaraskan tali pinggang keledar:
1. Tempatkan tali pinggang keledar pada
cangkerang tempat duduk kerusi tinggi
dalam bentuk t dengan butang pelepas
menghadap ke atas. Periksa agar bebat
tidak berpintal.
2. Ambil bahagian hujung salah satu sisi
bebat dan tolakkannya melalui bukaan
kecil di bahagian belakang cangkerang
tempat duduk kerusi tinggi, kemudian
ambil bahagian hujung bebat pada
belakang cangkerang tempat duduk dan
lipat kepada bentuk t agar ia kekal pada
tempatnya. Ulangi dengan satu lagi sisi
bebat dan bebat bar kelangkang. Untuk
menanggalkan setiap bebat daripada kerusi
tinggi, lipat hujung kepada bentuk t dan
tolak bebat ke belakang melalui bukaan
kecil tersebut.
3. Untuk mengetatkan tali pinggang
semasa kanak-kanak tersebut duduk di
kerusi tinggi, tarik hujung bebat. Anda
sepatutnya boleh memuatkan jari anda
di antara kanak-kanak dan tali pinggang
keledar tanpa rasa ia terlalu ketat atau
longgar.
4. Untuk membuka kunci tali pinggang
keledar tekan butang pelepas.
5. Untuk memanjangkan lagi bebat ke
gancu, tekan butang kecil ke hujung gancu
dan gerakkan gancu sepanjang bebat
mengikut panjang yang diingini. Langkah
ini hanya boleh disempurnakan jika butang
pelepas tali pinggang keledar telah dibuka
kunci.
Amaran: Sentiasa guna tali pinggang
keledar semasa kanak-kanak berada di
kerusi tinggi. Jangan tinggalkan kanak-
kanak di kerusi tinggi tanpa diselia.
يبرع
1.
T
2
T
T
3.
4
5
ไทย