EasyManua.ls Logo

Panasonic NF-N50A

Panasonic NF-N50A
20 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
ML4
ƪ Jangan dedahkan Periuk Tembikar Boleh Alih kepada api atau sebarang sumber haba
lain untuk memasak sebarang jenis masakan.
ƪ Jangan sentuh permukaan yang panas. Gunakan sarung tangan ketuhar atau kain
untuk mengalihkan Penutup Kaca atau Periuk Tembikar Boleh Alih.
ƪ Jangan gunakan perkakas di tempat berikut:
- Di kawasan yang boleh terkena percikan air, terdedah kepada kelembapan atau
berdekatan sumber haba.
- Permukaan tidak rata atau permaidani, permaidani elektrik, alas meja (plastik etilena) atau
objek lain yang tidak tahan suhu tinggi.
- Berdekatan dinding atau perabot. (Ia boleh menyebabkan perubahan warna atau bentuk.)
- Di tempat yang boleh dicapai kanak-kanak.
ƪ Jangan tinggalkan perkakas tanpa pengawasan apabila ia sedang beroperasi.
Apabila meninggalkan perkakas tanpa pengawasan, MATIKAN kuasa.
ƪ Jangan tuang air sejuk atau rendamkan ke dalam air sejuk jika Periuk Tembikar Boleh
Alih masih panas untuk mengelakkan Periuk Tembikar Boleh Alih daripada retak.
ƪ Jangan masak melebihi kapasiti memasak maksimum yang disyorkan (kira-kira 90%
muatan periuk) untuk mengelakkan limpahan. Limpahan juga bergantung kepada
bahan yang digunakan.
ƪ Jangan simpan Penutup Kaca atau Periuk Tembikar Boleh Alih di dalam peti sejuk atau
peti beku.
ƪ Jangan gunakan Periuk Tembikar Boleh Alih untuk menyimpan makanan atau cecair.
ƪ Jangan angkat Badan Periuk dengan memegang Periuk Tembikar Boleh Alih.
Tindakan ini boleh menyebabkan perkakas terjatuh. Pastikan anda memegang
kedua-dua Pemegang.
ƪ Jangan gunakan sebarang alat memasak dengan bahagian tepi dan sudut yang
tajam untuk mengendalikan Periuk Tembikar Boleh Alih. Ia boleh mencalarkan dan
merosakkan Periuk Tembikar Boleh Alih.
ƪ Pastikan memegang Palam apabila mencabutnya. Jangan sesekali menarik keluar
menggunakan Tali Kord.
ƪ Semasa memasak, Periuk Tembikar Boleh Alih mesti diletakkan di dalam Badan Periuk,
dan ditutup dengan Penutup Kaca.
ƪ Pastikan Periuk Rendidih sentiasa kering, terutamanya Pelindung Periuk.
ƪ Kendalikan perkakas di atas permukaan bersih, rata, keras dan kering.
ƪ Sekiranya digunakan untuk tempoh lama (lebih 8 jam), pastikan anda menggunakan
mod "Auto" dan bukan mod "High" (NF-N50A dan NF-N30A sahaja).
ƪ Cabut Palam apabila perkakas ini tidak digunakan.
ƪ Penggunaan bahan seperti ketam dan kerang tidak disyorkan. (Untuk mengelakkan
Periuk Tembikar Boleh Alih daripada tercalar)
ƪ Permukaan elemen pemanas (Pelindung Periuk dan Badan Periuk) adalah tertakluk
kepada sisa haba selepas digunakan. Biarkan perkakas sejuk sebelum menyentuh
atau membersihkannya.
ƪ Produk ini hanya adalah untuk kegunaan di rumah.
ƪ Pastikan untuk membersihkan permukaan yang bersentuhan dengan makanan selepas
digunakan. (Rujuk halaman ML7 "Selepas Penggunaan".)
Langkah- Langkah Keselamatan
Slow_Cooker.indb 4Slow_Cooker.indb 4 3/16/2020 9:58:27 AM3/16/2020 9:58:27 AM