Bahasa
- May-2 -
Kegunaan Am
1. Untuk mengekalkan kualiti yang tinggi, jangan gunakan
ketuhar apabila ia kosong. Tenaga gelombang mikro
akan memantulkan secara berterusan di seluruh ketuhar
jika tiada makanan atau air untuk menyerap tenaga.
2. Jika terdapat asap dalam ketuhar, tekan Pad Berhenti/
Pasang Semula atau pastikan pemasa ketuhar pada
kedudukan kosong dan biarkan Pintu Tertutup. Putuskan
kord kuasa, atau matikan kuasa di fius atau panel
pemutus litar.
3. Jangan keringkan pakaian, surat khabar atau lain-lain
bahan di dalam ketuhar. Ia mudah terbakar.
4. Jangan gunakan barangan kertas kitar semula kerana
ia mungkin mengandungi bendasing yang boleh
menyebabkan bunga api dan/atau api jika digunakan.
5. Jangan gunakan surat khabar atau beg kertas untuk
memasak.
6. Jangan ketuk atau hentak panel kawalan kerana ini
boleh menyebabkannya rosak.
7. PEMEGANG PERIUK mungkin diperlukan kerana haba
daripada makanan dipindahkan ke bekas memasak dan
dari bekas ke meja rata. Meja rata boleh jadi menjadi sangat
panas selepas bekas memasak dikeluarkan dari ketuhar.
8. Jangan letakkan bahan-bahan yang mudah bakar di
sebelah, di atas atau di dalam ketuhar. Ia boleh menjadi
punca kebakaran.
9. Jangan memasak makanan secara langsung di atas meja
rata kecuali telah dijelaskan dalam resepi. (Makanan
mestilah diletakkan di dalam bekas memasak yang sesuai.)
10. JANGAN gunakan ketuhar ini untuk memanaskan bahan-
bahan kimia atau lain-lain barangan bukan makanan.
JANGAN bersihkan ketuhar ini dengan sebarang
produk yang mengandungi bahan-bahan kimia kakisan.
Pemanasan bahan kimia kakisan di dalam ketuhar ini
boleh menyebabkan kebocoran sinaran gelombang
mikro.
11. Jika dulang kaca panas, biarkan ia menyejuk dahuhu
sebelum dicuci atau direndam di dalam air.
12. Semasa memasak sebahagian wap akan terkondensasi
di dalam dan/atau pada pintu ketuhar. Stim akan hilang
selepas ketuhar sejuk.
Kedudukan Ketuhar
1. Ketuhar gelombang mikro tidak boleh ditempatkan di
dalam kabinet. Ketuhar mest diletakkan atas permukaan
rata, stabil, lebih daripada 85cm dari atas lantai. Untuk
pengendalian yang betul, ketuhar mestilah mempunyai
aliran udara yang mencukupi. Berikan ruang 15 cm pada
bahagian atas, 10 cm di belakang dan 5 cm di kedua-
dua bahagian tepi ketuhar. Jika salah satu bahagian
tepi ketuhar diletakkan dekat dengan dinding, bahagian
tepi yang lain atau bahagian atas hendaklah jangan
dihadang. Jangan tanggalkan kakinya.
15cm
5cm
10cm
BUKAAN
Permukaan atas kabinet
(a) Jangan sekat liang udara. Jika ia tersekat semasa
digunakan, ketuhar akan menjadi terlalu panas.
Sekiranya ketuhar terlalu panas, peranti keselamatan
termal akan mematikan ketuhar. Ketuhar tidak boleh
digunakan sehingga ia telah sejuk.
(b) Jangan letakkan ketuhar berhampiran dengan
permukaan panas atau lembab seperti dapur gas,
rangkaian elektrik atau sinki dan sebagainya.
(c) Jangan gunakan ketuhar apabila kelembapan bilik
terlalu tinggi.
2. Peralatan ini adalah untuk digunakan dalam rumah dan
penggunaan yang sama contohnya:
•
kawasan dapur staf di kedai, pejabat dan kawasan bekerja yang lain;
•
rumah ladang;
•
oleh pengguna di hotel, motel dan kawasan residensi yang lain;
•
persekitaran perniagaan inap-sarapan.
Makanan
1. Jangan gunakan ketuhar untuk pengetinan di rumah
atau memanaskan sebarang balang tertutup. Tekanan
akan terhasil dan balang boleh meletup. Disamping
itu, ketuhar gelombang mikro tidak boleh mengekalkan
makanan pada suhu pengetinan yang betul. Makanan
yang ditinkan dengan tidak sempurna adalah merbahaya
untuk dimakan.
2. Jangan menggoreng makanan yang berlemak
menggunakan minyak yang banyak di dalam ketuhar
gelombang mikro anda.
3. Jangan merebus telur bersama kulitnya (kecuali
dinyatakan di dalam buku masakan). Tekanan akan
terhasil dan telur boleh pecah.
4. Ubi Kentang, epal, kuning telur, labu bulat dan sosej
adalah contoh makanan dengan kulit tidak berliang.
Makanan jenis ini mestilah ditebuk sebelum dimasak
untuk mencegah supaya ia tidak merekah.
5. Apabila memanaskan cecair seperti sup, sos dan
minuman di dalam ketuhar gelombang mikro terlalu lama
sehingga melebihi takat didih tanpa menunjukkan tanda-
tanda mendidih. Ini boleh mengakibatkan didihan secara
mengejut terhadap cecair tersebut. Langkah-langkah
berikut perlu diambil untuk mengelakkan kejadian
tersebut.
(a) Elakkan daripada menggunakan bekas yang
berbentuk tirus di bahagian atas.
(b) Jangan memanas makanan terlampau lama.
(c) Kacaukan cecair di dalam bekas sebelum
dimasukkan ke dalam ketuhar and sekali lagi selepas
separuh masa memasak.
(d) Selepas memanas, biarkan bekas di dalam ketuhar
untuk seketika. Kacaukan cecair sekali lagi, selepas itu
keluarkan bekas daripada ketuhar dengan berhati-hati.
6. JANGAN GUNAKAN TERMOMETER DAGING
KONVENSIONAL DI DALAM KETUHAR GELOMBANG
MIKRO. Untuk memeriksa tahap memasak bagi
makanan panggang, gunakanlah TERMOMETER
GELOMBANG MIKRO. Sebagai alternatif, termometer
daging biasa boleh digunakan selepas makanan
dikeluarkan daripada ketuhar. Jika makanan masih
belum masak, masukkan kembali makanan tersebut ke
dalam ketuhar dan masak semula pada tahap kuasa
yang disyorkan. Sebelum menghidang, pastikan daging
dimasak dengan sempurna.
7. MASA MEMASAK yang diberikan dalam buku
masakan adalah anggaran. Faktor yang boleh
menjejaskan masa masakan adalah tahap kandungan
lembapan yang diperlukan, suhu permulaan, ketinggian,
isi padu, saiz, bentuk makanan dan perkakas yang
digunakan. Apabila anda sudah biasa dengan ketuhar,
anda akan berupaya menyesuaikan faktor-faktor ini.
8. Makanan yang KURANG MASAK lebih baik DARIPADA
TERLAMPAU MASAK. Jika makanan tidak cukup
masak, ia boleh dimasukkan semula ke dalam ketuhar
untuk dimasak seterusnya. Jika makanan terlampau
masak, tiada apa yang boleh dilakukan. Setiap kali
menggunakan ketuhar, mulakanlah dengan masa
memasak minima yang disyorkan.
9. Perhatian rapi perlu di ambil ketika memasak bertih
jagung di dalam ketuhar gelombang mikro. Masak untuk
jangka masa yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Sila
ikut arahan bagi kuasa watt yang sesuai dengan ketuhar
gelombang mikro anda. Jangan tinggalkan ketuhar tanpa
pengawasan apabila memasak bertih jagung.
10. Apabila memanaskan makanan di dalam bekas plastik
atau kertas, sila periksa ketuhar dengan kerap kerana
berkemungkinan berlakunya nyalaan.
11. Kandungan botol susu dan balang makanan bayi
hendaklah dikacau atau digoncang dan suhu harus
diperiksa sebelum menggunakan ketuhar untuk
mengelakkannya daripada terbakar.
Pemasangan dan Arahan Am