EasyManua.ls Logo

Panasonic NU-SC280WYPQ - Penjagaan Ketuhar Anda

Panasonic NU-SC280WYPQ
107 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
- May-32 -
Bahasa
Penjagaan Ketuhar Anda
Pastikan anda membersihkan dan menyelenggara ketuhar selepas ia sejuk sepenuhnya. Matikan ketuhar dan
cabut plag bekalan kuasa daripada soket dinding sebelum melakukan pembersihan. Alat pembersih stim tidak
boleh digunakan. Apabila ikon " " berkelip dalam tetingkap paparan, ini bermakna ia menggesa pelanggan
supaya melakukan pembersihan. Sila bersihkan ketuhar tepat pada masa, untuk maklumat terperinci, sila rujuk
sistem kukus dan pembersihan asid sitrik (lihat halaman 30 & 31).
Bahagian permukaan luar ketuhar hendaklah
dibersihkan dengan kain lembap. Untuk
mengelakkan sebarang kerosakan pada bahagian
pengendalian di dalam ketuhar, pastikan anda
tidak merenjis air ke liang udara ketuhar dalaman
dan salur keluar udara.
Sentiasa bersihkan plat bawah selepas sejuk
dengan bahan pencuci yang lembut dan lap
untuk keringkannya.
Pastikan bahagian dalam ketuhar bersih.
Apabila makanan terpercik atau cecair
tertumpah dan melekat pada dinding ketuhar,
bersihkan dengan kain lembap. Bahan pencuci
yang lembut boleh digunakan jika ketuhar
terlalu kotor. Penggunaan bahan pencuci yang
kasar atau pelelas adalah tidak disyorkan.
Mana-mana lemak dan gris yang terkumpul di
atas bumbung dan dinding ketuhar akan mula
menghasilkan asap jika tidak dibersihkan.
Bersihkan ketuhar selepas ia sejuk sepenuhnya.
Bersihkan pintu dan tingkap ketuhar
menggunakan kain yang lembut dan lembap.
Bahan pencuci yang lembut boleh digunakan
jika ketuhar terlalu kotor. Jangan guna pencuci
pelelas kasar atau pengikis logam tajam untuk
membersihkan tingkap ketuhar, kerana ia
boleh mencalarkan permukaan, yang boleh
memecahkan kaca.
Jika stim terkumpul di dalam atau di
sekeliling bahagian luar pintu ketuhar, lap
menggunakan kain yang lembut. Ini boleh
terjadi apabila ketuhar digunakan dalam
keadaan kelembapan yang tinggi dan ini tidak
menunjukkan bahawa ia tidak berfungsi.
Selepas penggunaan, bersihkan dengan
bahan pencuci yang lembut atau mesin basuh
pinggan mangkuk. Jangan guna pencuci
pelelas untuk membersihkan ketuhar. (Seperti
sabut keluli dll.)
Jangan biarkan Panel Kawalan menjadi
basah. Bersihkan dengan kain lembut yang
lembap. Jangan gunakan detergen, pembersih
semburan atau pelelas ke atas Panel Kawalan.
Selepas pembersihan tekan pad “ ” untuk
membersihkan maklumat pada tetingkap
paparan.
Sentiasa keluarkan tangki air dan dulang titis selepas
penggunaan dan bersihkannya menggunakan span
lembut yang lembap dengan air.
F0003CS80MP_May-20230314.indd 32 2023/4/12 11:12:16

Table of Contents

Related product manuals