EasyManua.ls Logo

Panasonic NU-SC280WYPQ - Arahan Keselamatan Penting

Panasonic NU-SC280WYPQ
107 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
- May-2 -
Bahasa
Arahan Keselamatan Penting
Baca manual dengan teliti dan simpannya
dengan betul.
Langkah berjaga-jaga bagi menggunakan produk ini
untuk memasak. Periksa sama ada produk rosak.
Sila periksa ketuhar anda seperti berikut sebelum
menggunakan:
1. Pintu ketuhar dan rongga ketuhar tidak rosak atau retak.
Jika ia rosak atau retak, jangan guna.
2. Ketuhar mesti dibumikan sebelum guna. Sekiranya
berlaku kebocoran elektrik, bumi boleh memberikan
gelung arus untuk mengelakkan kejutan elektrik. Plag
bekalan kuasa mesti dimasukkan ke dalam soket
dwikutub fasa tunggal dengan pembumian.
3. Baca manual ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakasan. Ketuhar hanya boleh digunakan untuk
tujuan yang dinyatakan dalam manual ini.
Item pencegahan
Item larangan
1. Sekiranya pintu ketuhar atau pengedap pintu telah
rosak, jangan guna ketuhar sehingga juruteknik yang
berkelayakan telah membaikinya.
2. Jangan rosakkan kunci keselamatan pintu ketuhar,
termasuk engsel pintu.
3. Perkakasan ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh
individu (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari
segi zikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman
dan pengetahuan, melainkan jika mereka telah diberikan
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan
perkakasan ini oleh individu yang bertanggungjawab
atas keselamatan mereka.
4. Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan yang
mereka tidak bermain dengan perkakasan.
5. Kecuali untuk juruteknik yang layak, pembaikan adalah
sangat berbahaya. Jangan cuba untuk menanggalkan,
membaiki atau mengubah suai ketuhar dengan sendiri.
6. Apabila ketuhar berfungsi secara tidak normal, jangan
terus menggunakannya.
7. Sebaik sahaja menemui sebarang retak atau lekuk pada
tangki air, jangan guna produk ini, kerana kebocoran air
boleh menyebabkan kebocoran elektrik atau kejutan elektrik.
8. Apabila lubang soket menjadi longgar atau kord bekalan
kuasa atau plag rosak, jangan guna produk ini. Kesemua
kerosakan yang berlaku perlu mesti digantikan oleh
pengeluar, ejen servis pengeluar atau individu serupa
yang berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
9. Jangan guna tangan yang basah untuk menekan atau
memasukkan/mengeluarkan plag bekalan kuasa; jika
tidak, kejutan elektrik mungkin berlaku.
10. Jangan ketuk pada bahagian seperti panel kawalan,
perumah, rongga ketuhar dan pintu ketuhar; jika tidak, ia
boleh menyebabkan kegagalan produk.
11. Jangan letak produk dan kord bekalan kuasa di tempat
yang lembap dengan suhu tinggi, cth., berdekatan dapur
gas, kawasan elektrik atau sinki.
12. Ketuhar digunakan untuk masakan seisi rumah sahaja
dan tidak boleh digunakan untuk ujian makmal atau
tujuan komersial lain. Tambahan pula, produk tidak boleh
diletakkan dalam almari yang sedang digunakan.
13. Jangan gunakan alat pencuci yang kasar dan pengikis
logam tajam untuk membersihkan pintu kaca ketuhar,
kerana ia boleh mencalarkan permukaan, yang akhirnya
boleh mengakibatkan pintu kaca tersebut pecah.
14. Perkakasan tidak boleh beroperasi dengan menyambungkan
pemasa luaran atau sistem kawalan jauh bebas.
15. Jangan sekat salur masuk dan keluar udara; jika tidak,
kebakaran boleh berlaku. Sila bersihkan produk secara
berkala untuk menghalang salur masuk dan keluar udara
daripada disekat oleh benda asing dan habuk.
Item Berbahaya
1. Jangan letak bahan mudah terbakar di sekitar ketuhar atau
dalam rongga ketuhar; jika tidak, kebakaran boleh berlaku.
2. Sejurus menemui asap, matikan perkakasan atau cabut
plag bekalan kuasa dan pastikan bahawa pintu ketuhar
ditutup untuk menghalang kebakaran merebak. Tekan
pad Berhenti/Tetapkan Semula dan kemudian, cabut plag
bekalan kuasa atau matikan suis kuasa umum dalam bilik.
3. Jangan guna produk untuk tujuan yang tidak dinyatakan
dalam manual, cth., menggunakan produk untuk
mengeringkan barang; jika tidak, kebakaran boleh berlaku.
4. Jika produk tidak dibersihkan secara berkala, permukaan
perkakasan akan terdegradasi sehingga menjejaskan hayat
perkhidmatan perkakasan dan bahaya boleh berlaku.
5. Elakkan tindakan atau tingkah laku yang boleh
merosakkan kord bekalan kuasa dan plag bekalan kuasa,
cth., merendam kord bekalan kuasa dan plag bekalan
kuasa ke dalam air, mengekalkan kord bekalan kuasa
di kedudukan bersuhu tinggi atau melentur, memintal,
menekan atau mengikat kord bekalan kuasa secara
paksa. Kord atau plag bekalan kuasa yang rosak boleh
mendatangkan bahaya seperti litar pintas, kejutan elektrik
dan kebakaran. Jangan rendam perkakasan dalam air.
Langkah Berjaga-jaga Keselamatan
1. Semasa penggunaan, perkakasan menjadi panas.
Langkah penjagaan perlu diambil bagi mengelakkan
daripada menyentuh elemen pemanas di dalam ketuhar.
AMARAN: Bahagian yang boleh disentuh mungkin
menjadi panas semasa digunakan. Jauhkan daripada
kanak-kanak kecil.
2. Jika asap putih muncul semasa fungsi perolakan
digunakan untuk kali pertama, ia tidak menunjukkan
kesalahan. Minyak pelindung komponen meruap
sehingga menghasilkan asap putih kerana pemanasan.
3. Suhu bekas dan makanan adalah sangat tinggi apabila
anda mengacau atau menterbalikkan makanan semasa
memasak atau mengeluarkan makanan selepas
memasak. Sila guna sarung tangan penebat atau klip
periuk untuk menghalang melecur.
4. Jika anda perlu membuka pintu ketuhar untuk
mengacau, terbalikkan atau susun semula makanan
dalam proses menggunakan kukus, pastikan anda
mengekalkan jarak anda. Jika tidak, stim boleh
melecurkan muka atau tangan anda.
5. Apabila pintu ketuhar dibuka, jangan seret bekas
bersama pintu ketuhar. Berat yang boleh ditanggung
oleh pintu ketuhar tidak boleh melebihi 6 kg.
Item Arahan
1. Sebelum menggunakan bekas yang diperbuat daripada
bahan berbeza, sahkan dahulu sama ada bekas tersebut
boleh menahan suhu tinggi. Apabila makanan dimasak
dalam bungkusan plastik atau kertas, sila perhatikannya
kerana ia boleh mencetuskan api.
2. Makanan mesti diletakkan dalam bekas yang betul
dan tidak boleh diletakkan secara terus dalam rongga
ketuhar untuk memasak.
3. Suhu permukaan dan suhu dalaman ketuhar adalah sangat
tinggi selepas memasak. Jangan bersihkan ketuhar serta-
merta selepas memasak. Pastikan anda membersihkan
produk selepas ia sejuk; jika tidak, anda boleh melecur.
4. Cabut plag bekalan kuasa sebelum pembersihan.
Jangan guna agen pembersih yang mengakis; jika tidak,
ia akan merosakkan atau mengakis produk.
5. Bersihkan habuk daripada plag bekalan kuasa secara
berkala. Jika produk tidak akan digunakan untuk masa
yang lama, cabut plag bekalan kuasa. Jangan tarik kord
bekalan kuasa semasa mencabut plag bekalan kuasa:
pegang plag untuk mencabutnya.
6. Isikan dengan air lembut seperti air suling. (Jangan
gunakan air liat seperti air mineral).
Bekalan Kuasa
Produk mesti menggunakan sistem bekalan kuasa
berasingan. Sistem bekalan kuasa khas hendaklah terpisah
daripada peranti lain untuk kegunaan ketuhar. Jika sistem
sedemikian tidak digunakan, us perkakasan elektrik boleh
meletup. Fius melebihi 10 ampere disyorkan. Fius kapasiti
tinggi tidak boleh digunakan dalam litar.
Pembumian
Produk mesti dibumikan sebelum guna. Sekiranya berlaku
kebocoran elektrik, bumi boleh memberikan gelung arus
untuk mengelakkan kejutan elektrik. Plag bekalan kuasa
untuk produk mesti dimasukkan ke dalam soket dwikutub fasa
tunggal dengan pembumian.
Nota: Penggunaan plag bekalan kuasa yang salah akan
menyebabkan kejutan elektrik.
Kipas Elektrik
Selepas masakan berakhir, kipas elektrik akan terus berjalan
untuk tempoh masa tertentu untuk menyejukkan rongga dan
komponen elektronik. Ini adalah biasa.
F0003CS80MP_May-20230314.indd 2 2023/4/12 11:12:12

Table of Contents

Related product manuals