◗ Jika palam penyesuai atau tapak pengecas rosak, sentiasa gantikan
dengan jenis tuleni untuk mengelakkan bahaya.
◗ FC6092 sahaja: jika kord kereta atau palam kereta rosak, berhenti
mengggunakan kord kereta dan gantikannya dengan jenis yang
tulen.
◗ Jangan sekali-kali menyerap air atau cecair yang lain. Jangan sekali-
kali menyedut abu sebelum abu itu dingin.
◗ Jangan sekali-kali tenggelamkan pembersih vakum, atau tapak
pengecasan ke dalam air.
◗ Cabutkan palam penyesuai dari soket dinding sebelum
membersihkan tapak pengecasan.
◗ Caskan pembersih vakum hanya dengan penyesuai dan tapak
pengecasan yang dibekalkan. Semasa mengecas, penyesuai akan
terasa hangat apabila disentuh. Ini perkara biasa..
◗ Selalu mematikan pembersih vakum setelah penggunaan.
◗ Jauhkan perkakas daripada jangkauan kanak-kanak
◗ Voltan pada titik sentuh dalam di dalam tapak pengecasan rendah
(maks. 30 volt) maka ia tidak berbahaya.
◗ Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa
memvakum.
◗ Matikan kuasa perkakas semasa mengecaskannya.
◗ Untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik, berhati-hati semasa
menggerudi lubang dalam dinding untuk memasang pendakap
pelekap dinding, terutama sekali yang berhampiran dengan soket
dinding.
◗ Sentiasa gunakan perkakas dengan unit turas.
◗ Sentiasa gunakan perkakas dengan muncungnya dimasukkan di
dalam tempatnya.
Bersedia untuk menggunakannya
Memasang tapak pengecasan pada dinding
1 Skrukan pendakap pelekap dinding pada dinding dengan skru yang
dibekalkan bersama perkakas (gamb. 2).
2 Pasang tapak pengecasan pada pendakap pelekap dinding
(gamb. 3).
BAHASA MELAYU 39