2 Goncangkan kandungan bekas habuk ke dalam bakul sampah
(gamb. 18).
Pembasuhan rapi
Untuk membersihkan dengan rapi bekas habuk dan unit turas:
1 Pegang perkakas di atas tong sampah, tekan butang pelepas bekas
habuk (1) dan keluarkan bekas habuk (2) (gamb. 19).
2 Keluarkan unit turas dari bekas habuk (gamb. 20).
3 Kosongkan bekas habuk dengan menggocangkannya keluar
dengan tangan yang sebelah lagi.
4 Untuk membersihkan turas, keluarkan turas luar dari pemegang
turas dengan memutarkannya mengikut arah lawan jam (gamb.
21).
5 Keluarkan turas dalam dari pemegang turas dengan
memutarkannya secara perlahan mengikut arah lawan jam (gamb.
22).
6 Bersihkan turas dalam dan luar dengan berus pembersih yang
dibekalkan (gamb. 23).
Berus turas dalam dari atas ke bawah sepanjang tetulang turas tersebut.
ā Jika perlu, anda boleh membersihkan turas luar dan turas dalam
dengan menggunakan air sejuk atau suam.
Turas dalam dan luar bukan tahan mesin basuh pinggan mangkuk.
7 Pasang turas dalam pada pemegang turas dengan memutarkannya
secara perlahan mengikut arah lawan jam (gamb. 24).
8 Pasang semula turas luar pada pemegang turas dan ketatkannya
dengan memutarnya ke arah lawan jam (gamb. 25).
9 Letakkan semula unit turas ke dalam bekas habuk (gamb. 26).
Jangan sekali-kali letak semula unit turas ke dalam bekas habuk semasa
turas luar dan dan turas dalam masih basah.
BAHASA MELAYU 43