EasyManua.ls Logo

Philips HC7460/13 - Page 27

Philips HC7460/13
63 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips!
Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan
oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1 Unit pemotong
2 Butang Atas
3 Butang Bawah
4 Butang hidup/mati
5 Kunci penetapan kepanjangan
6 Lampu pengecasan
7 Paparan
8 Sikat perapi 1-7mm
9 Sikat perapi 7-24mm
10 Sikat perapi 24-42mm
11 Penyesuai
12 Plag kecil
13 Berus pembersih
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
- Pelihara agar perkakas dan plag penyesuai kering.
Amaran
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan menyebabkan
keadaan berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas
ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
Awas
- Perkakas ini tidak boleh dibasuh. Jangan sekali-kali tenggelamkan
perkakas ke dalam air, atau membilasnya di bawah air paip.
- Periksa perkakas setiap kali sebelum anda menggunakannya.
Jangan gunakan perkakas, penyesuai atau mana-mana bahagian lain jika
ia rosak, kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan.
- Penyesuai atau bahagian yang rosak hendaklah digantikan dengan jenis
yang asli sahaja.
- Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan dimaksudkan seperti
ditunjukkan dalam manual pengguna.
- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental,
agen pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol
atau aseton untuk membersihkan perkakas.
BAHASA MELAYU 27

Related product manuals