Petua
- Potong daging atau bahan pejal lain menjadi lebih kecil sebelum
memasukkannya ke dalam balang pengisar.
- Jangan kisarkan jumlah bahan pejal yang banyak sekali gus pada waktu
yang sama. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kami nasihatkan agar
anda mengisar bahan-bahan ini sedikit demi sedikit.
- Untuk membuat jus tomato, potong tomato menjadi empat bahagian
dan masukkannya melalui bukaan pada tudung ke atas mata bilah
yang berputar.
Cawan penyukat
Anda boleh menggunakan cawan penyukat untuk menyukat bahan atau
untuk membuat mayones.
B
Untuk membuat mayones, anda boleh menebuk lubang di tengah dasar
cawan penyukat dengan menggunakan pisau atau alat tajam yang lain
supaya cawan penyukat ini dapat digunakan sebagai corong penambah
minyak apabila membuat mayones. Minyak harus ditambah dengan
sangat perlahan untuk memperoleh kelikatan yang betul. Biarkan
pengisar berjalan pada kelajuan rendah apabila membuat mayones.
B
Sila maklum bahawa setelah anda menebuk lubang pada cawan
penyukat, ia tidak boleh digunakan sebagai cawan penyukat lagi.
Penapis
B
Jenis HR2094 sahaja.
Dengan menggunakan penapis ini, anda boleh menyediakan jus buah
segar, koktel, atau susu soya (juga lihat 'Resipi'). Penapis mengelakkan biji
dan kulit daripada memasuki minuman anda.
Jangan sekali-kali isikan penapis dengan berlebihan. Jangan masukkan
lebih daripada 125g kacang soya kering atau 150g buah ke dalam
penapis pada waktu yang sama.
Menyediakan penapis untuk digunakan
C
1 Letakkan balang pengisar yang sudah tersambung dengan antara
muka unit mata bilah, di atas unit motor.
Balang pengisar boleh diletakkan di atas unit motor dalam dua
kedudukan.
BAHASA MELAYU 21