Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda
menghadapi masalah, sila lawati laman web Philips di www.philips.com/
support atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda.
Anda boleh mendapatkan nombor telefonnya dalam risalah jaminan
sedunia. Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, pergi ke wakil
penjual Philips setempat anda.
Sekatan jaminan
Kepala pencukur (pemotong dan adangan) tidak diliputi oleh terma jaminan
antarabangsa kerana ia terdedah kepada kelusuhan.
Mencarisilapan
Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi
dengan perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan
maklumat di bawah, hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan Philips di negara
anda.
Masalah Penyebab yang
mungkin
Penyelesaian
Alat pencukur
tidak mencukur
sebaik sebelum ini.
Kepala pencukur rosak
atau lusuh.
Gantikan kepala pencukur (Lihat bab ‘Penggantian’).
Rambut yang panjang
menghalang kepala
pencukur.
Bersihkan kepala pencukur satu persatu (lihat bahagian
‘Membersihkan unit pencukur dengan berus pembersih’
dalam bab ‘Pembersihan dan penyenggaraan’).
Anda belum lagi
memasukkan kepala
pencukur dengan betul.
Pastikan bahawa bahagian unjuran kepala pencukur muat
dengan tepat di dalam ruang ceruknya (lihat bahagian
‘Membersihkan unit pencukur dengan berus pembersih’).
Pencukur tidak
berfungsi apabila
saya menekan
butang hidup/mati.
Bateri boleh cas semula
telah habis.
Cas semula bateri (lihat bab ‘Pengecasan’) atau
sambungkan pencukur kepada sesalur kuasa.
Suhu pencukur terlalu
tinggi. Dalam kes
ini, pencukur tidak
berfungsi.
Sebaik sahaja suhu pencukur turun secukupnya, anda
boleh menghidupkan pencukur kembali.
Air bocor dari
pencukur selepas
dibersihkan.
Ini adalah biasa dan
tidak bahaya.
Semasa membilas sedikit air mungkin terkumpul di antara
unit kuasa dengan petak. Selepas membilas, air ini akan
mengalir keluar melalui soket. Unit kuasa benar-benar
kedap air jadi air tidak sampai ke bahagian elektronik
pencukur ini. Pencukur anda akan terus selamat.
BAHASA MELAYU44