bonet belakang. Sesiapa sahaja
boleh mengendalikan butang start
stop untuk menghidupkan enjin dan
menggunakan peralatan elektrik di
dalam kenderaan ini.
Had operasi
Alat kawalan jauh jenis ini
menggunakan gelombang
elektromagnetik yang lemah. Keadaan
di bawah boleh menyebabkan
gangguan kepada operasi sistem akses
tanpa menggunakan kunci atau suis
pada alat kawalan jauh.
1. Bateri pada alat kawalan jauh ini
adalah lemah.
2. Berdekatan dengan sumber
gelombang radio yang kuat, seperti
berdekatan dengan stesen kuasa
atau stesen pemancar.
3. Apabila anda menggunakan
peralatan tanpa wayar, seperti
telefon bimbit atau seumpamanya.
4. Alat kawalan jauh bersentuhan
dengan bahan logam.
5. Berdekatan dengan sebarang alat
kawalan jauh yang menghantar
isyarat gelombang radio.
6. Anda meletakkan alat kawalan jauh
ini berdekatan dengan sebarang
peralatan elektrik, seperti
komputer.
7. Anda meletakkan kenderaan ini
berdekatan dengan meter
kemudahan tempat meletak kereta.
Lingkungan operasi untuk
menghidupkan enjin
Lingkungan operasi ini adalah bahagian
ruang dalaman kenderaan.
DOIRW003R19002
Voltan bateri alat kawalan jauh adalah
lemah.
Apabila enjin dihidupkan, tahap voltan
bateri alat kawalan jauh yang lemah
boleh mendatangkan masalah.
Jika enjin dihidupkan dalam keadaan
ini, ikuti langkah-langkah berikut:
DOIUW003R21003
1. Letakkan alat kawalan jauh pada
permukaan butang start stop
seperti yang ditunjukkan dalam
gambar rajah.
2. Tekan dan tahan injak brek.
3. Tekan butang start stop untuk
menukarkan sistem ke posisi ON.
4. Tekan butang start stop semula
untuk menghidupkan enjin.
Jangka hayat bateri alat kawalan jauh
Jangka hayat bateri alat kawalan jauh
boleh berkurangan disebabkan
penggunaannya secara berterusan dan
terdedah kepada sumber gelombang
radio yang kuat untuk jangka masa yang
lama.
PERHATIAN
(1) Jika terdapat gelombang
elektromagnetik yang kuat,
lingkungan operasi boleh menjadi
lebih kecil.
(2) Jika bateri alat kawalan jauh adalah
lemah, lingkungan operasi boleh
menjadi lebih kecil.
(3) Alat kawalan jauh mungkin
mengalami masalah jika alat
kawalan jauh diletakkan di atas
panel instrumen atau di dalam
kotak simpanan di bahagian
penumpang hadapan.
(4) Suis alat kawalan jauh mempunyai
masalah untuk dikendalikan jika
diletakkan berdekatan dengan
pemegang pintu atau suis bonet
belakang.
35
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.