Jika sistem kenderaan tidak memberi
tindak balas apabila menekan sebarang
suis pada alat kawalan jauh, gantikan
bateri. Rujuk pada muka surat 140.
Sekiranya alat kawalan hilang, sila
hubungi pusat servis sah PROTON untuk
mendapatkan alat ganti.
Fungsi mengunci, membuka kunci
dan penggera menggunakan Sistem
akses tanpa menggunakan
kunci/suis pada alat kawalan jauh
DOIUW003R21002
A – Suis sistem akses tanpa
menggunakan kunci/suis pada alat
kawalan jauh
Gunakan suis (A) untuk mengunci atau
membuka kunci pintu.
Cara mengunci pintu dalam sistem akses
tanpa menggunakan kunci atau suis
pada alat kawalan jauh
Ikuti prosedur mengunci berikut:
1. Sebelum mengunci kenderaan ini,
pastikan semua pintu dan pintu
bonet belakang tertutup.
2. Pastikan alat kawalan jauh ada
bersama-sama dengan pemandu.
3. Tekan suis (A) pada bahagian
pemegang pintu pemandu apabila
anda di dalam lingkungan jarak
operasinya.
Sistem kenderaan ini akan berfungsi
seperti berikut:
• Sistem akan mengunci semua pintu
/ bonet belakang / bonet hadapan.
• Sistem penggera akan dimatikan.
• Lampu-lampu penunjuk isyarat
belok akan berkelip sebanyak tiga
kali.
• Penunjuk LED penggera akan
berkelip dengan pantas dalam masa
6 saat. Selepas itu, penunjuk ini
akan berkelip secara normal.
• Cermin sisi pada pintu akan dilipat
secara automatik *
PERHATIAN
Sistem akses tanpa menggunakan kunci
atau suis pada alat kawalan jauh TIDAK
AKAN mengunci kenderaan untuk
sesetengah keadaan berikut:
(1) Alat kawalan jauh ini berada di
dalam kenderaan.
(2) Pintu, pintu bonet belakang atau
bonet hadapan terbuka.
(3) Suis penghidup enjin diletakkan
pada posisi ON.
Peringatan kunci tertinggal (di dalam
kenderaan)
Jika alat kawalan jauh berada di dalam
kenderaan, pintu tidak akan dikunci
dengan menggunakan suis (A) pada
pemegang pintu. Hon akan berbunyi
(sebanyak 4 kali).
Cara membuka kunci pintu dalam sistem
akses tanpa menggunakan kunci atau
suis pada alat kawalan jauh
Ikuti prosedur membuka kunci berikut:
1. Anda perlu sentiasa membawa alat
kawalan jauh ini bersama dengan
anda.
36
Mengunci dan Membuka Kunci
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.