Tempat Duduk Hadapan
OWN004SEATS16025
Cara untuk menyelaraskan tempat
duduk hadapan ke posisi hadapan
atau ke belakang
DOIUW004R16005
1. Tarik dan tahan tuil penyelaras
tempat duduk untuk
menyelaraskan tempat duduk ke
hadapan atau ke belakang.
2. Lepaskan tuil untuk mengunci
tempat duduk pada kedudukannya
yang baru dengan kemas.
PERINGATAN
Pastikan tempat duduk terkunci
dengan kemas. Gerakkan tempat
duduk ke hadapan dan ke belakang
untuk memastikan tempat duduk
terkunci.
Cara untuk menyelaraskan
penyandar belakang tempat duduk
ke posisi condong
DOIUW004R16006
1. Sandarkan badan anda sedikit ke
hadapan dan tarik tuil pengunci
penyandar belakang.
2. Sementara anda menarik tuil
pengunci penyandar belakang,
sandarkan badan anda ke belakang
ke posisi yang dikehendaki.
3. Kemudian lepaskan tuil pengunci
penyandar belakang.
Pastikan penyandar belakang terkunci
pada posisinya.
AMARAN
Mekanisma untuk mencondongkan
penyandar belakang tempat duduk
adalah jenis spring. Apabila tuil
pengunci ditarik, mekanisma ini
akan mengembalikan posisi
penyandar belakang tempat duduk
ke posisi tegak. Sebelum
menggunakan tuil pengunci ini,
duduk dengan tubuh anda sandar
pada penyandar belakang tempat
duduk. Sambil menarik dan
menahan tuil pengunci ini, tahan
penyandar belakang tempat duduk
dengan tangan anda untuk
mengawal gerakan patah baliknya.
Cara untuk menyelaraskan
ketinggian kusyen tempat duduk
(tempat duduk pemandu sahaja)
DOIUW004R16007
Ketinggian kusyen tempat duduk boleh
diselaraskan.
Untuk menyelaraskan kusyen tempat
duduk, gunakan tuil penyelarasan
ketinggian kusyen tempat duduk.
1 - Untuk meninggikan
2 - Untuk menurunkan
46
Keselamatan Penumpang
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.