EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Page 234

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
perlanggaran yang mana sama seperti
perlanggaran bahagian hadapan pada
halangan dinding yang padat; pada
kelajuan lebih daripada 20 km/j.
PERINGATAN
(1) Beg udara hadapan
menggelembung dengan
sangat cepat dan dengan daya
tenaga yang besar. Sentuhan
dengan beg udara pada
peringkat pertama
pengelembungan beg udara
hadapan mungkin boleh
mengakibatkan kecederaan.
Sentiasa pakai tali pinggang
keledar anda dengan betul.
Kekalkan posisi yang betul
ketika memandu.
(2) Apabila beg udara hadapan
menggelembung, ia akan
menghasilkan bunyi yang
sangat kuat secara mendadak
dan melepaskan asap atau
serbuk putih.
Keadaan ini tidak
menunjukkan terdapat
kebakaran di dalam kenderaan
dan tidak akan menyebabkan
sebarang kesan sampingan
kekal kepada sesiapa.
(3) Sejurus selepas beg udara
mengelembung, beg udara dan
beberapa bahagian
komponennya akan menjadi
sangat panas. Jangan sentuh
komponen-komponen ini.
Keadaan-keadaan yang menyebabkan
beg udara hadapan mengelembung
Banyak atau kurang kerosakan yang
dialami pada badan kenderaan
bukannya jadi ukuran sama ada beg
udara SRS akan mengelembung semasa
perlanggaran dari hadapan.
Dalam sesetengah jenis perlanggaran,
struktur badan kenderaan ini direka
untuk menyerap hentakan akibat
daripada perlanggaran dari hadapan;
mengelakkan kecederaan kepada
pemandu dan penumpang.
Struktur badan kenderaan bahagian
hadapan kenderaan mungkin menjadi
remuk untuk menyerap hentakan akibat
perlanggaran dari hadapan; dan dalam
keadaan ini, beg udara hadapan
mungkin tidak menggelembung.
58
Keselamatan Penumpang
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents