jenis pandang ke belakang di
tempat duduk belakang sahaja.
Seboleh-bolehnya, gunakan
tempat duduk perlindungan
kanak-kanak jenis pandang ke
hadapan di tempat duduk
belakang. Jika anda
menggunakan tempat duduk
perlindungan kanak-kanak
jenis pandang ke hadapan di
tempat duduk hadapan,
selaraskan tempat duduk
hadapan sejauh yang boleh ke
belakang.
(5) Jangan letakkan sebarang
objek pada bahagian tengah
roda stereng dan bahagian
panel instrumen yang terletak
di atas kotak simpanan.
Apabila beg udara
menggelembung, objek ini
mungkin akan menghentam
dan menyebabkan kecederaan
kepada pemandu dan
penumpang. Objek yang
dimaksudkan adalah seperti
kemasan, lencana dan objek
seumpamanya.
Operasi sistem beg udara
Semua beg udara dilengkapi dengan
tanda. Tanda ini tertulis perkataan “SRS
AIRBAG”.
Operasi beg udara hadapan
DOIKW004R03023
Beg udara hadapan direka untuk
menggelembung hanya ketika hentakan
akibat perlanggaran daripada hadapan
yang kuat. Beg udara hadapan ini
mungkin menggelembung ketika
perlanggaran yang kuat daripada
hadapan, perlanggaran dari sisi yang
menyebabkan kenderaan ini berguling
dan juga perlanggaran dari belakang.
Terdapat nilai minimum daya hentaman
tertentu untuk membolehkan beg udara
menggelembung. Apabila sistem
mengesan perlanggaran daripada
hadapan dan nilai daya hentaman yang
dikesan memenuhi syarat, suis pada beg
udara akan menyambung litar
elektriknya. Tindakan ini akan
mencetuskan bahan penghidup di dalam
pengelebung beg udara lalu
menghasilkan gas nitrogen dan beg
udara akan mengembungkan.
AMARAN
(1) Beg udara hadapan
memberikan perlindungan
tambahan kepada pemandu
dan penumpang ketika
perlanggaran daripada
hadapan pada kadar hentaman
yang kuat.
Patuhi semua amaran
mengenai penggunaan tali
pinggang dan posisi tempat
duduk. Kedua-dua perkara ini
tidak memberikan
perlindungan jika berlaku
perlanggaran daripada
belakang, perlanggaran yang
menyebabkan kenderaan
berguling, perlanggaran
daripada hadapan yang lemah
dan perlanggaran daripada sisi
yang lemah.
(2) Jangan letak sebarang objek di
bahagian tengah roda stereng.
Objek ini akan menyebabkan
kecederaan. Objek yang
dimaksudkan adalah seperti
kemasan, lencana dan objek
seumpamanya. Jika beg udara
menggelembung, tindakan ini
akan menyebabkan kecederaan
kepada pemandu.
(3) Jangan letak sebarang objek
pada bahagian panel
65
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.