instrumen di atas kotak
simpanan yang di mana
terdapat beg udara. Jika beg
udara menggelembung,
tindakan ini akan
menyebabkan kecederaan
kepada penumpang.
(4) Jangan pasang sebarang
aksesori pada atau di hadapan
cermin hadapan. Objek ini
boleh menghalang beg udara
yang menggelembung dan
menyebabkan kecederaan.
(5) Selepas beg udara
menggelembung, sebahagian
komponen sistem beg udara
menjadi panas; Jangan sentuh
komponen ini selepas beg
udara menggelembung.
(6) Sistem beg udara
menggelembung hanya sekali.
Selepas beg udara
menggelembung, beg udara ini
tidak akan berfungsi lagi. Beg
udara ini perlu diganti dengan
yang baru. Bawa kenderaan ini
ke pusat servis sah PROTON
untuk diperiksa seluruh sistem
beg udaranya.
(7) Jika kenderaan anda
mengalami perlanggaran
daripada hadapan sebelumnya
tetapi beg udara tidak
menggelembung, pastikan
sistem beg udara diperiksa.
Gantikan dengan yang baru
(jika perlu) di pusat servis sah
PROTON.
Pra-penegang tali pinggang keledar
hadapan dengan alat had bebanan
Tali pinggang keledar hadapan
dilengkapi dengan pra-penegang tali
pinggang keledar automatik dengan
alat had bebanan untuk perlindungan
tambahan. Apabila mekanisma ini aktif,
pra-penegang menegangkan tali
pinggang keledar serta merta dan alat
had bebanan akan menahan bebanan
ketika perlanggaran. Tekanan yang
dikenakan pada tali pinggang keledar
adalah mengikut parameter yang
dikawal dan ditetapkan untuk menahan
pemandu dan penumpang hadapan
pada posisi.
DOIMW004R07008
A – Tali pinggang keledar dengan pra-
penegang
Pra-penegang diaktifkan ketika
perlanggaran daripada hadapan dan
tidak diaktifkan ketika perlanggaran
daripada sisi. Pra-penegang hanya boleh
berfungsi dengan suis penghidup enjin
diletakkan pada posisi ON dan
diaktifkan secara berasingan daripada
beg udara hadapan.
Selepas sistem pra-penegang diaktifkan,
tali pinggang keledar kekal terkunci
dengan kuat; Sehingga tali pinggang
keledar dilepaskan.
PERHATIAN
(1) Jika terdapat masalah dengan pra-
penegang tali pinggang keledar
automatik anda. Lampu amaran SRS
akan dinyalakan. Dapat
pemeriksaan ke atas sistem anda di
pusat servis sah PROTON.
(2) Setelah berlakunya sebarang
hentakan akibat perlanggaran,
dapat pemeriksaan ke atas sistem
anda oleh pusat servis sah PROTON.
Lampu amaran SRS
Lampu amaran sistem perlindungan
tambahan (SRS) terletak pada panel
meter. Lampu amaran SRS akan
dinyalakan jika terdapat masalah.
Apabila anda meletakkan suis
penghidup enjin pada posisi ON atau
START, sistem SRS akan memulakan
66
Keselamatan Penumpang
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.