Tolok Suhu Air
OWN005INSCO21031
Tolok suhu air ini memaparkan suhu
bahan penyejuk enjin apabila enjin
beroperasi.
PERHATIAN
Sekiranya suhu enjin terlampau tinggi
(rujuk gambarajah seterusnya), hentikan
kenderaan anda dan biarkan enjin
menjadi sejuk. Enjin kenderaan anda
mungkin menjadi terlalu panas semasa
dalam keadaan operasi yang lasak
seperti:
(1) Memandu dalam jarak yang jauh
menaiki kawasan berbukit sewaktu
hari panas terik.
(2) Memperlahankan kelajuan atau
berhenti selepas memandu dengan
laju.
(3) Kenderaan tidak bergerak
sementara enjin masih beroperasi
dengan penghawa dingin
terpasang untuk jangka masa yang
lama dalam trafik yang
menyebabkan kenderaan bergerak
dan berhenti dengan kerap.
Amaran suhu air
Suhu terlampau tinggi
Bar suhu (kesemua 7 bar) akan berkelip,
amaran pada paparan pelbagai
informasi akan kelihatan dan amaran
bunyi pada meter akan kedengaran.
Suhu tinggi
Bar suhu (kesemua 6 bar) akan berkelip,
amaran pada paparan pelbagai
informasi akan kelihatan.
Tolok Paras Bahan Api
OWN005INSCO21032
Tolok bahan api memaparkan anggaran
kuantiti bahan api yang tinggal di dalam
tangki bahan api apabila suis pencucuh
diletakkan pada posisi "ON".
Penunjuk dan amaran aras bahan
api
Tolok bahan api – penuh
Ini menunjukkan tangki bahan api
hampir penuh – semua segmen bar akan
dipaparkan.
Tolok bahan api - rendah (berkelip)
Ini menunjukkan tangki bahan api
rendah – segmen bar yang terakhir akan
berkelip dan simbol “ “ akan kekal
menyala. Anggaran dalam 5 liter bahan
api tinggal di dalam tangki bahan api.
Isi semula bahan api secepat yang
mungkin.
Tolok bahan api – kosong
Sekiranya tangki bahan api kosong
sepenuh, bar terakhir akan terpadam
dan simbol “ “ akan berkelip. Isi
semula bahan api ke dalam tangki
bahan api secepat yang mungkin.
71
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.