Penunjuk lampu isyarat belok kiri
Apabila lampu isyarat belok dihidupkan,
penunjuk ini akan berkelip.
Amaran SRS
Jika terdapat masalah pada beg udara SRS atau
pra-penegang tali pinggang keledar, amaran
SRS akan dinyalakan.
Amaran tali pinggang keledar bagi pemandu
dan penumpang hadapan
Apabila suis penghidup enjin diletakkan pada
posisi ON, amaran ini akan dinyalakan.
Apabila kelajuan kenderaan mencapai 25 km/j
dan pemandu atau penumpang hadapan tidak
memakai tali pinggang keledar:
1. Amaran tali pinggang keledar akan
dinyalakan.
2. Buzzer akan terus dibunyikan.
3. Buzzer dan penunjuk akan diaktifkan
secara berterusan sehingga pemandu dan
penumpang hadapan memakai tali
pinggang keledar.
PERINGATAN
Untuk keselamatan, pasangkan tali
pinggang keledar sebelum memulakan
pemanduan.
Amaran kunci tidak dapat dikesan *
Penunjuk 'kunci tidak dikesan' ini akan muncul
di bawah dua keadaan:
1. Pemandu menekan pedal brek dan
menekan butang SSB untuk
menghidupkan enjin kereta, tetapi kunci
tidak berada dalam julat operasi.
2. Pemandu telah menghidupkan enjin
tetapi pemandu mengeluarkan kunci dari
dalam kereta. Dalam keadaan ini,
penunjuk 'kunci tidak dapat dikesan' akan
menyala dan selepas pemandu menutup
pintu, hon akan dibunyikan sebanyak (3
kali). Ini adalah untuk memberi amaran
kepada pemandu bahawa kunci tidak ada
di dalam kereta semasa enjin dihidupkan.
Walau bagaimanapun, kereta itu masih
boleh dipandu
• Jika pemandu berhenti dan mematikan
enjin, kereta tidak akan dapat dihidupkan
semula tanpa kunci berada dalam julat
operasi.
• Jika pemandu berhenti/parking tetapi
enjin masih hidup, kemudian
pemandu/penumpang bergerak keluar
dari kereta dan menutup mana-mana
pintu (termasuk bonet belakang), amaran
‘kunci tidak dapat dikesan’ pada meter
akan menyala.
* jika dipasang
74
Peralatan dan Kawalan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.