EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Page 251

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Peringatan menekan butang Start/Stop (SSB) *
Peringatan ini menyala apabila membuka kunci
pintu kenderaan. Ia mengingatkan pengguna
untuk menekan butang Start/Stop atau SSB
(sambil menekan injak brek) untuk
menghidupkan enjin Ia hanya akan padam
selepas enjin dihidupkan.
Penunjuk lampu posisi
Apabila lampu posisi dihidupkan, penunjuk ini
akan dinyalakan.
Penunjuk lampu suluh tinggi
Apabila lampu suluh tinggi dihidupkan,
penunjuk ini akan dinyalakan.
Amaran brek
Apabila suis penghidup enjin diletakkan pada
posisi ON, amaran ini akan dinyalakan untuk
seketika.
Amaran brek akan dinyalakan dalam keadaan
berikut:
Tuil brek meletak kenderaan ditarik.
Kuantiti bendalir brek di dalam tangki
simpanan adalah di paras rendah.
Sistem EBD atau HHA mengalami kegagalan
fungsi.
Jika amaran brek tidak menyala apabila tuil
brek meletak kenderaan ditarik, hubungi pusat
servis sah PROTON dengan segera.
Jika amaran brek dinyalakan ketika sedang
memandu, sistem brek sedang mengalami
masalah. Alihkan kenderaan ke tempat yang
selamat dengan mengikuti langkah-langkah
berikut:
1. Jika injak brek tidak berfungsi dengan
baik, tekan injak brek dengan lebih kuat.
2. Jika brek mengalami masalah, gunakan
brek enjin untuk mengurangkan kelajuan
kenderaan. Tarik tuil brek meletak
kenderaan dengan perlahan-lahan untuk
meletakkan kenderaan ini. Tekan injak
brek untuk menghidupkan lampu brek
sebagai amaran untuk kenderaan-
kenderaan lain di sekeliling.
PERINGATAN
(1) Menarik tuil brek tangan secara tiba-
tiba adalah berbahaya kerana roda
boleh terkunci.
Penunjuk isyarat belok ke kanan
Apabila lampu isyarat belok kanan dihidupkan,
penunjuk ini akan berkelip.
Jika lampu isyarat berkelip, mungkin
mentolnya telah terbakar atau terdapat
masalah pada penyambungan wayarnya.
* jika dipasang
75
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents