EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Page 273

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
yang meninggikan kelajuan enjin (rev)
dan membekalkan lebih kuasa.
Paparan posisi gear
Posisi gear yang dipilih ditunjukkan
pada paparan informasi meter.
Operasi penghantaran automatik
PERINGATAN
(1) Apabila kenderaan berhenti
dan enjin masih hidup, gear
CVT mungkin masih cekam dan
kenderaan akan bergerak.
Tekan injak brek sebelum mula
menggerakkan tuil penukar
gear ke posisi D (Drive) atau
R (Reverse). Lepaskan injak
brek apabila anda mula
memandu.
(2) Jangan tekan injak memecut
apabila anda menggerakkan
tuil penukar gear daripada
posisi P (Park) ke posisi N
(Neutral). Tindakan ini akan
menyebabkan anda memecut
dengan tiba-tiba.
(3) Sentiasa tekan injak brek
dengan kaki kanan.
(4) Jangan tekan injak brek
dengan kaki kiri. Ini boleh
menyukarkan pergerakan
pemandu ketika kecemasan.
(5) Jangan tekan injak memecut
dan injak brek pada masa yang
sama. Ini boleh menyebabkan
perubahan dari segi prestasi
brek. Pad brek akan menjadi
haus dengan cepat.
Apabila kenderaan berhenti dan
enjin masih hidup, jangan tekan
injak memecut dan tahan injak brek.
Tindakan ini boleh merosakkan
transmisi kenderaan ini.
Apabila anda menekan injak
memecut dan injak brek dengan
gear diletakkan pada posisi D
(Drive), putaran enjin dalam posisi
D (Drive) tidak meningkat
berbanding dengan pengendalian
yang sama ketika tuil penukar gear
berada pada posisi N (Neutral).
Memecut untuk memintas kenderaan
lain
Untuk menambahkan kelajuan pada
posisi gear "D" (DRIVE), tekan injak
memecut sehingga mencecah lantai CVT
akan bertukar secara automatik kepada
gear yang rendah.
Memandu menaiki cerun
Apabila anda memandu menaiki bukit,
jika TCU mengesan kenderaan ini tidak
berupaya untuk mengekalkan
kelajuannya, CVT tidak akan bertukar
ke posisi gear yang lebih tinggi.
Dalam keadaan ini, TCU tidak
membenarkan pertukaran untuk
sementara waktu. Setelah kenderaan
tiba di atas puncak bukit, sistem akan
beroperasi seperti biasa.
Memandu menuruni bukit
Apabila anda memandu menuruni bukit,
TCU akan bertukar secara automatik ke
posisi gear yang lebih rendah. Fungsi ini
membantu tenaga brek daripada enjin
dan mengurangkan tekanan brek.
Menunggu
Apabila anda menghentikan kenderaan
ini dengan enjin dibiarkan hidup, seperti
semasa lampu isyarat, anda boleh
meninggalkan gear pada posisi D
(Drive) sementara injak brek ditekan.
Jika anda perlu menghentikan
kenderaan ini dengan enjin dibiarkan
97
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents