Untuk meletakkan kenderaan anda
1. Menghentikan kenderaan
2. Untuk meletakkan kenderaan
dengan transmisi CVT; Gerakkan tuil
penukar gear ke posisi P (Park).
Untuk meletakkan kenderaan
dengan transmisi MT; Apabila
bahagian hadapan kenderaan
diletakkan pada posisi menaiki
cerun, gerakkan tuil penukar gear
ke posisi gear 1.
Apabila bahagian hadapan
kenderaan diletakkan pada posisi
menuruni cerun, gerakkan tuil
penukar gear ke posisi R (Reverse).
PERHATIAN
Apabila meletakkan kenderaan di
kawasan yang berbukit, gunakan brek
meletak kenderaan dan putarkan tayar
hadapan ke arah bahu jalan sekiranya
kedudukan kenderaan menuruni cerun;
sebaliknya ke arah bertentangan
daripada bahu jalan sekiranya pada
kedudukan kenderaan menaiki cerun.
3. Gunakan brek meletak kenderaan.
(Lihat topik “Pengendalian brek
meletak kenderaan”)
4. Matikan enjin. Pastikan suis
penghidup enjin diletakkan pada
posisi OFF.
5. Tutup semua pintu.
6. Tekan butang UNLOCK pada alat
kawalan jauh.
PERHATIAN *
Butang sistem membuka pintu tanpa
menggunakan butang pada alat
kawalan jauh boleh digunakan untuk
mengunci kenderaan.
Daya Membrek
OWN006START16032
Setiap komponen sistem brek penting
untuk keselamatan. Bawa kenderaan ini
ke pusat servis sah PROTON untuk servis
penyelenggaraan mengikut jadual servis
berkala yang disarankan di dalam buku
servis.
Sistem brek
1. Sistem brek terbahagi kepada dua
litar brek. Jika satu litar brek gagal,
satu litar brek yang ada akan
menghentikan kenderaan. Jika
keadaan ini berlaku, tekan injak
brek dengan kuat. Berhenti
memandu dengan segera dan bawa
kenderaan ini untuk dibaiki di
pusat servis sah PROTON.
2. Apabila enjin mati, daya membrek
pemangkin brek berkurangan
selepas menekan injak brek
sebanyak satu atau dua kali. Dalam
situasi ini, tekan injak brek lebih
kuat daripada biasa.
Lampu amaran
Lampu penunjuk amaran brek
menunjukkan jika sistem brek beroperasi
dengan betul.
AMARAN
(1) Apabila menekan injak brek
dengan kuat, daya membrek
yang dikenakan akan
mengunci setiap roda daripada
berputar. Tindakan ini boleh
menjadi sangat berbahaya jika
injak brek ditekan dengan kuat
di atas jalan yang licin.
Kenderaan akan tergelincir.
(2) Pada kenderaan yang
dilengkapi dengan sistem ABS,
roda dikawal secara elektronik
apabila tekanan brek yang
kuat dikenakan. Denyutan brek
boleh dirasakan apabila injak
brek ditekan. Sistem
mengelakkan kenderaan
daripada tergelincir.
(3) Jika sistem brek mengalami
kegagalan fungsi, lampu
penunjuk brek meletak
kenderaan akan
menyala. Dalam situasi ini,
pandu dengan perlahan ke
* jika dipasang
101
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.