EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Page 328

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Servis bahagian plastik
Gunakan span atau kulit "chamois". Jika
lilin melekat pada permukaan kasar abu-
abu hitam dari bamper atau pengacuan,
permukaan menjadi keputih-putihan.
Bersihkan permukaan menggunakan air
suam dan kainyang bersih dan lembut
atau kulit kambing gunung.
PERINGATAN
(1) Jangan gunakan berus
menyental atau alat-alat lain
yang keras. Alat ini mungkin
boleh merosakkan permukaan
plastik bahagian.
(2) Jangan gunakan lilin pengilap
yang mengandungi sebatian
(serbuk pengilap) yang boleh
merosakkan permukaan
bahagian plastik.
(3) Jangan biarkan bahagian
plastik terkena cecair brek,
minyak enjin, minyak, pencair
cat atau elektrolit bateri. Cecair
ini boleh merosakkan dan
menyebabkan perubahan
warna pada bahagian plastik.
Jika terkena, cuci bahagian
tersebut dengan segera
menggunakan air dan sabun
yang neutral.
Bahagian berkrom
Untuk mengelakkan tanda dan kakisan
pada bahagian berkrom, bersihkan
bahagian berkrom dengan air,
keringkan dan pasang perlindungan
khas bagi menjaga kualitinya.
Roda keluli
Bersihkan roda aloi dan pasang lapisan
pelindung yang betul untuk
mengelakkan roda aloi daripada hakisan
atau kerosakan lain yang disebabkan
oleh bahan kimia jalan raya.
PERHATIAN
(1) Jangan gunakan pencuci yang
menghakis apabila mencuci roda
keluli.
(2) Mana-mana roda aloi yang terkena
air laut atau bahan kimia mesti
dibersihkan dengan segera.
(3) Berus boleh merosakkan
permukaan rata keluli. Pastikan
anda menggunakan span, kain
chamois, kulit dan kain yang sejenis
dengannya.
(4) Jangan gunakan air panas yang
keluar terus dari pencuci wap atau
yang sama dengannya ke atas
permukaan roda.
Cermin tingkap
Bersihkan tingkap kaca dengan
menggunakan span dan air yang bersih.
Selepas mencuci cermin, keringkan
cermin dengan menggunakan kain.
PERHATIAN
Untuk mencuci bahagian dalaman
cermin belakang, gunakan kain yang
bersih. Elakkan terkena wayar elektrik
pemanas kaca semasa pembersihan
dilalukan.
Bilah pengelap cermin
Gunakan kain yang lembut untuk
membersihkan pengelap cermin.
Sekiranya bilah pengelap cermin tidak
membersih dengan baik, tukar pengelap
cermin dengan segera.
Perlindungan casis
Casis kenderaan telah kilang dirawat
untuk mengelakkan karat dan kakisan.
Sesetengah bahagian telah disuntik
dengan agen anti karat dan lilin gelap.
Anda perlu menghantar kenderaan anda
ke pusat servis sah PROTON anda pada
setiap 12 bulan bagi mendapatkan
pemeriksaan ke atas keadaan besi badan
kenderaan.
Ruang enjin
Bersihkan ruang enjin pada permulaan
dan akhir musim salji. Pastikan bahagian
tepi, bukaan dan bahagian-bahagian
tambahan bersih dari sebarang habuk;
yang datang dari bahan kimia dan
bahan-bahan menghakis lain dari jalan
raya.
Jika garam dan bahan kimia lain biasa
terdapat di atas jalan di kawasan anda,
152
Penyelenggaraan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents