2. Letakkan kenderaan di atas
permukaan rata dan pasangkan brek
meletak kenderaan.
3. Dengan enjin dalam keadaan melahu
dan injak brek yang ditekan
sepenuhnya, gerakkan tuil penukar
gear melalui semua kedudukan dari
"P" ke "S", berhenti seketika pada
setiap kedudukan.
4. Gerakkan tuil penukar gear ke gear
neutral (N);
AMARAN
Pasangkan brek meletak kereta dan
tekan injak brek sebelum
menggerakkan tuil penukar gear.
5. Keluarkan batang penyukatnya
daripada lubang penyukat transmisi
dan lap dengan kain yang bersih.
6. Pastikan paras bendalir pada julat
“HOT” yang tertera pada batang
penyukat. Sekiranya paras bendalir
lebih rendah, tambahkan bendalir
yang telah ditetapkan mengikuti
lubang isian transmisi. Sekiranya
paras bendalir lebih tinggi,
keluarkan bendalir yang berlebihan
mengikuti lubang saliran transmisi.
7. Sekiranya paras bendalir diperiksa
dalam keadaan sejuk (suhu bendalir
20~30 °C (68~86 °F)), tambah
bendalir yang telah ditetapkan
sehingga tanda baris "COLD" pada
batang penyukat. Kemudian, periksa
semula paras bendalir dengan
mengulangi langkah 1~6 di atas.
PERHATIAN
Julat "COLD" adalah untuk rujukan
sahaja dan tidak boleh digunakan untuk
menentukan paras bendalir transmisi.
Hanya gunakan “SK ATF SP-III” untuk
penambahan.
AMARAN
Periksa paras bendalir transmisi
apabila enjin berada pada suhu
operasi normal (enjin, radiator, hos
radiator, sistem ekzos, dan
sebagainya) sangat panas. Anda
perlu lebih berhati-hati agar tidak
melecur semasa menjalankan
prosedur ini.
PERINGATAN
• Paras bendalir yang rendah boleh
menyebabkan berlakunya gelinciran
semasa penukaran gear transmisi.
• Menambahkan bendalir transmisi
berlebihan boleh menyebabkan
berbuih, kehilangan bendalir dan
kerosakan transmisi.
• Jangan tumpahkan bendalir
transmisi pada manifold ekzos
sebaik sahaja selepas memandu.
Bersihkan sebarang bendalir yang
tertumpah sepenuhnya dengan
segera. Ini akan membantu
mengelakkan bahaya kebakaran.
• Berwaspada SK ATF SP-III ini tidak
boleh dicampur atau digunakan
untuk ditambah dengan jenis
bendalir yang lain.
Pemeriksaan bahan penyejuk enjin
DOIQW010R11002
1 - Tangki simpanan bahan penyejuk
enjin
2 - Penutup radiator
PERINGATAN
Sistem penyejuk enjin adalah sistem
yang tertutup. Kebiasaannya
pengurangan kuantiti bahan
penyejuk enjin adalah sedikit.
Sebarang pengurangan paras bahan
penyejuk enjin di dalam tangki
simpanan menunjukkan terdapat
kebocoran. Jika keadaan ini berlaku,
bawa kenderaan ke pusat servis sah
PROTON untuk pemeriksaan.
156
Penyelenggaraan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.