EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Page 333

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Tangki simpanan yang menyimpan
bahan penyejuk enjin terletak di dalam
ruangan enjin. Tangki simpanan ini
mempunyai tanda LOW dan FULL
seperti yang ditunjukkan di dalam
gambar rajah.
Periksa paras bahan penyejuk enjin
apabila enjin dalam keadaan panas dan
sedang hidup.
PERINGATAN
(1) Jangan buka penutup tangki
simpanan ini atau penutup
radiator ketika enjin masih
panas. Sistem bahan penyejuk
enjin adalah bertekanan tinggi
dan sebarang bahan penyejuk
enjin yang panas yang
tersembur keluar boleh
menyebabkan kesan melecur.
(2) Periksa paras bahan penyejuk
enjin dengan kerap.
Paras bahan penyejuk enjin di dalam
tangki simpanan ini perlu berada di
antara tanda LOW dan FULL.
Jika paras bahan penyejuk enjin di
dalam tangki simpanannya berkurangan
ke tanda LOW pada tangki simpanan,
buka penutupnya dan tambahkan bahan
penyejuk enjin.
Sekiranya tangki simpanan dicuci,
keluarkan penutup radiator dan
tambahkan bahan penyejuk enjin
sehingga parasnya mencecah bahagian
leher lubang tangkinya.
Anti karat
Agen anti karat bahan penyejuk enjin
adalah jenis ethylene glycol. Bahagian
atas silinder enjin dan badan pam air
adalah diperbuat daripada aloi
aluminium. Tukar bahan penyejuk enjin
dengan kerap bagi mengelakkan
komponen ini menjadi karat. Jangan
gantikan bahan penyejuk enjin dengan
air biasa.
Kadar kepekatan bahan anti-beku
Kadar kepekatan bahan anti-beku
adalah berbeza mengikut suhu ambien.
Bagi prestasi anti-karat dan anti-beku
yang efektif, tetapkan kadar kepekatan
anti-beku di antara 25% hingga ke 35%.
PERINGATAN
Kadar kepekatan yang lebih
daripada 35% boleh menyebabkan
pengurangan anti-beku dan prestasi
penyejukan kenderaan.
Pemeriksaan bateri
DOIGW010R06001
Bateri yang baik adalah penting untuk
menghidupkan enjin dan memastikan
fungsi sistem elektrik kenderaan ini
sentiasa berkeadaan baik.
Sentiasa periksa keadaan bateri.
PERHATIAN
Apabila anda menghantar kenderaan
ini untuk diservis, pastikan juruteknik di
pusat servis sah PROTON membuat
pemeriksaan ke atas bateri kenderaan
anda.
Pemeriksaan terminal bateri
Pastikan terminal bateri adalah bersih
dan tidak berkarat. Ikuti arah berikut
untuk cara membersihkan terminal
bateri:
1. Tanggalkan kabel terminal bateri
pada terminal (-) negatif bateri.
157
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents