EasyManua.ls Logo

Proton SAGA 2023 - Page 338

Default Icon
356 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Periksa jika tayar anda mengelembung
atau terdapat bonjolan di bahagian tepi
tayar.
Tukar tayar kenderaan dengan segera
jika keadaan di bawah berlaku,
1. Terdapat kesan koyak atau
merekah pada tayar.
2. Terdapat wayar atau cebisan getah
atau kain terkeluar dari tayar
3. Bunga tayar telah menipis dan licin.
PERINGATAN
Jangan memandu dengan tayar
yang rosak. Ini akan menyebabkan
kenderaan anda mudah tergelincir
di atas jalan yang basah.
Periksa bunga tayar kenderaan
DOIAW010R10001
1 - Kedudukan penanda bunga tayar
2 - Pastikan ketebalan bunga tayar
masih di dalam tanda yang
dibenarkan.
Bagaimana cara untuk membaca bunga
tayar
Pastikan kedalaman bunga tayar adalah
melebihi 1.6 mm.
Sesetengah tayar terdapat penanda
pada tayar. Tayar yang botak akan
menunjukkan 6 tanda pada permukaan
tayar. Tukar tayar dengan segera.
Periksa tekanan angin kembung
tayar
Masukkan angin mengikut tekanan
kembung tayar yang telah ditetapkan
untuk keselesaan pemanduan dan
jangka hayat tayar lebih lama.
Sentiasa periksa tekanan angin
kembung tayar sebelum memulakan
pemanduan.
Kebiasaannya, tekanan angin kembung
tayar akan berkurang dari 10 kPa hingga
20 kPa (0.1 hingga 0.2kgf/cm) dalam
masa sebulan. Sentiasa gunakan
pemeriksa tekanan tayar untuk
memeriksa tekanan angin setiap tayar.
Jika tekanan angin terlalu rendah,
tambah tekanan angin dengan segera.
Tekanan angin tayar sejuk
DOIUW010R21002
Label tekanan angin terletak di
bahagian pintu kenderaan
Periksa tekanan angin dalam keadaan
tayar sejuk.
PERHATIAN
Keadaan tayar akan sejuk sekiranya
diletakkan paling minimum 3 jam atau
digerakkan kurang dari 1 kilometer.
Setelah menyelaraskan tekanan angin
tayar, periksa tayar sekiranya terdapat
kerosakan dan kebocoran angin.
Pastikan penutup tekanan angin tayar
diketatkan semula selepas memasukkan
angin.
Menukar silang tayar
Bagi kenderaan pacuan roda hadapan,
tayar hadapan akan mengemudi
kenderaan dan memberikan cengkaman
162
Penyelenggaraan
Identifier: MANOWN001SAGAMC2DOMASEANMALAY Generated: 27.09.2022 11:56:21 a.m.

Table of Contents