EasyManua.ls Logo

Sony DSC-TX10 - Page 103

Sony DSC-TX10
219 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
MY
25
MY
Jangan guna/simpan kamera di tempat-tempat berikut
Di tempat yang amat panas, sejuk atau lembap
Di tempat-tempat seperti dalam kereta yang diletakkan di tengah cuaca terik,
badan kamera mungkin menjadi cacat dan ini mungkin menyebabkan pincang
tugas.
Di bawah pancaran cahaya matahari atau berdekatan pemanas
Badan kamera mungkin berubah warna atau berubah bentuk dan ini mungkin
menyebabkan pincang tugas.
Di lokasi yang mengalami gegaran yang kuat
Berhampiran lokasi yang menjana gelombang radio yang kuat, memancarkan
sinaran atau merupakan kawasan magnet yang kuat. Jika tidak, kamera mungkin
tidak boleh merakam atau memainkan balik imej dengan betul.
Mengenai pembawaan
Jangan duduk atas kerusi atau di tempat lain dengan kamera di kocek belakang
seluar atau skirt anda kerana ini mungkin menyebabkan pincang tugas atau
kerosakan pada kamera.
Lensa Carl Zeiss
Kamera ini dilengkapi dengan lensa Carl Zeiss yang berupaya menghasilkan imej
yang tajam dengan kontras yang sangat baik. Lensa bagi kamera ini telah dihasilkan
di bawah sistem jaminan kualiti yang disahkan oleh Carl Zeiss mengikut piawaian
kualiti Carl Zeiss di negara Jerman.
Nota mengenai skrin dan lensa
Skrin dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang sangat berkejituan tinggi
supaya lebih daripada 99.99% piksel beroperasi untuk kegunaan berkesan. Walau
bagaimanapun, beberapa bintik hitam dan/atau terang kecil (warna putih, merah,
biru atau hijau) mungkin muncul pada skrin. Bintik-bintik tersebut merupakan
satu hasilan biasa proses penghasilan, dan tidak menjejaskan rakaman.
Kemungkinan panel sentuh bertindak balas akan dikurangkan apabila sarung
tangan dipakai.
Mengenai suhu kamera
Kamera dan bateri anda mungkin menjadi panas disebabkan penggunaan berterusan,
tetapi ini bukan suatu pincang tugas.
Mengenai perlindungan terlebih panas
Bergantung pada kamera dan suhu bateri, anda mungkin tidak dapat merakam
wayang atau kuasa mungkin dimatikan secara automatik untuk melindungi kamera.
Satu mesej akan dipaparkan pada skrin sebelum kuasa dimatikan atau anda tidak
boleh merakam wayang gambar lagi. Dalam kes ini, biarkan kuasa terpadam dan
tunggu sehingga suhu kamera dan bateri menurun. Jika anda menghidupkan kuasa
tanpa membenarkan kamera dan bateri menjadi cukup sejuk, kuasa mungkin
terpadam sekali lagi atau anda mungkin tidak dapat merakam wayang gambar.

Table of Contents

Related product manuals