EasyManua.ls Logo

Sony DSC-TX10 - Page 83

Sony DSC-TX10
219 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
MY
5
MY
Pastikan bahawa gasket sendal dan
permukaan sepadannya tidak tercalar.
Calaran yang seberapa kecil pun boleh
menyebabkan air memasuki kamera. Jika
gasket sendal dan permukaan sepadannya
telah tercalar, bawa kamera ke sebuah kedai
membaiki yang sah untuk digantikan dengan
sedikit bayaran.
Jika kotoran atau pasir memasuki gasket sendal
atau permukaan sepadannya, lapkan kawasan
tersebut dengan sehelai kain lembut yang tidak akan meninggalkan sebarang gentian.
Mengelakkan gasket menampal daripada tercalar dengan menyentuh padanya ketika
mengecaskan satu bateri atau menggunakan satu kabel.
Jangan buka/tutup penutup bateri/kad memori atau penutup penyambung
berbilang dengan tangan yang basah atau berpasir atau berhampiran air.
Terdapat risiko bahawa membuat sedemikian akan menyebabkan pasir atau
air termasuk ke dalam. Sebelum membuka penutup, laksanakan prosedur
yang dihuraikan dalam “Membersih selepas menggunakan kamera dalam/
berhampiran air”.
Buka penutup bateri/kad memori dan penutup penyambung berbilang
dengan kamera betul-betul kering.
Sentiasa memastikan bahawa penutup bateri/kad memori dan penutup
penyambung berbilang telah dikunci dengan ketat.
Nota mengenai menggunakan kamera dalam/berhampiran air
Panel sentuh mungkin diaktifkan oleh simpahan air pada ikon-ikon skrin.
Apabila menggunakan kamera dalam/berhampiran air, adalah disyorkan
bahawa anda menyembunyikan ikon-ikon dengan menyentuh pada
bahagian kanan skrin. Sentuh beberapa saat untuk memaparkan ikon-
ikon sekali lagi.
Panel sentuh tidak boleh dioperasikan dalam air. Gunakan butang-butang
kamera untuk melaksanakan operasi rakaman atau main balik.
Jangan kenakan kejutan pada kamera seperti daripada menerjun ke dalam air.
Jangan buka dan tutup penutup bateri/kad memori atau penutup penyambung
berbilang ketika dalam/berhampiran air.
Gunakan satu penempatan yang berasingan (Pek Marin) jika anda ingin
menyelami lebih daripada 5 m dalam air.
Kamera ini tenggelam di dalam air. Letakkan tangan anda melalui tali
pergelangan tangan untuk mengelakkan kamera terjatuh.
Bintik-bintik putih bulat yang kelihatan samar-samar mungkin muncul pada
foto-foto dalam air yang menggunakan lampu denyar disebabkan oleh
pemantulan objek-objek terapung. Ini bukan satu pincang tugas.
1 Gasket sendal
2 Permukaan menyentuh
gasket sendal

Table of Contents

Related product manuals