3938
MY
PENGGUNAAN
• Gunakan permukaan yang rata, stabil, tahan panas dan jauh daripada
sebarang percikan air.
• Jangan biarkan tapak perkakas bersentuhan dengan air.
• Jangan cuba mengendalikan perkakas apabila periuk kosong atau
tanpa periuk.
• Fungsi/tombol memasak mestilah dibenarkan untuk beroperasi dengan
bebas. Jangan cegah atau halang fungsi daripada bertukar secara
automatik kepada fungsi kekal panas.
• Jangan keluarkan periuk semasa perkakas sedang beroperasi.
• Jangan letakkan perkakas terus pada permukaan yang panas atau
sebarang sumber haba atau api lain kerana ini boleh menyebabkan
kerosakan atau bahaya.
• Periuk dan plat pemanas seharusnya bersentuhan secara langsung.
Pastikan tiada makanan atau cecair yang berada di antara periuk
dengan plat pemanas.
• Jangan letakkan perkakas berdekatan sumber haba atau di dalam
ketuhar yang panas kerana ini boleh menyebabkan kerosakan teruk.
• Jangan masukkan makanan atau air ke dalam perkakas sehingga periuk
diletakkan dengan betul.
• Ikut paras yang ditunjukkan dalam resipi.
• Jika mana-mana bahagian perkakas anda terbakar, jangan cuba
padamkan dengan air. Gunakan pengelap pinggan yang lembap untuk
memadamkan api.
• Sebarang sokongan seharusnya dibuat oleh pusat perkhidmatan
dengan barang-barang ganti yang asli.
• Sentiasa cabut perkakas daripada sumber kuasa alat jika dibiarkan dan
sebelum memasang, membuka atau membasuh.
SEBELUM PENGGUNAAN PERTAMA
MENGGUNAKAN PEMASAK NASI ANDA
• Buka penutup dengan menekan butang pembuka yang terletak pada
bahagian atas –Rajah1
• Keluarkan periuk sfera dan bersihkan periuk dengan span dan cecair
membasuh. –Rajah2
• Lap bahagian luar perkakas dengan kain lembap. –Rajah3
Menyukat bahan-bahan - Kapasiti maksimum periuk
• Penandaan bersenggat pada bahagian dalam periuk adalah dalam
sukatan cawan, tanda ini digunakan untuk mengukur jumlah air apabila
memasak nasi.
• Kuantiti maksimum air + beras tidak boleh melebihi penanda 5.5 cawan
di dalam periuk. – Rajah4.
• Cawan plastik yang disediakan dengan perkakas anda adalah untuk
mengukur beras dan bijirin lain.
LINDUNGI ALAM SEKITAR
• Perkakas anda telah direka bentuk untuk beroperasi selama bertahun-
tahun. Walau bagaimanapun, apabila anda membuat keputusan untuk
menggantikan perkasa, jangan lupa untuk memikirkan cara anda boleh
menyumbang kepada perlindungan alam sekitar.
• Sebelum membuang perkakas, anda mestilah mengeluarkan bateri
daripada pemasa dan melupuskan bateri di pusat pengumpulan
buangan sivik tempatan (mengikut model).
Utamakan perlindungan alam sekitar!
Perkakas anda mengandungi bahan penting yang boleh
dipulihkan atau dikitar semula.
Bawa perkakas ke pusat pengumpulan buangan sivik
tempatan.