EasyManua.ls Logo

Electrolux EWF12022 - Page 51

Electrolux EWF12022
96 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
MELAYU 51
Kotoran gris kering: lembapkan
dengan turpentin, bentangkan
pakaian tersebut di atas permu-
kaan yang lembut dan pedabkan
tanda kotoran dengan hujung jari
dan sehelai kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam
air panas atau produk penghapus
karat digunakan dalam air sejuk.
Berhati-hati dengan tanda karat
yang sudah lama kerana struktur
selulosanya telah rosak dan pakaian
mudah berlubang.
Kotoran kulat: bersihkan dengan
peluntur, bilas dengan betul(kain
putih dan kain berwarna tahan
luntur sahaja).
Rumput: letak sedikit sabun dan
bersihkan dengan peluntur (kain
putih dan kain berwarna tahan
luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam:
lembapkan dengan aseton(*),
bentangkan di atas kain lembut
dan pedapkan tanda kotoran itu.
Gincu: lembapkan dengan aseton
(*) seperti di atas, kemudian
bersihkan kotoran dengan spirit
bermetil. Hapuskan sisa tanda
daripada kain putih dengan peluntur.
Wain merah: rendam dalam air
dan detergen, bilas dan bersihkan
dengan asid asetik atau sitrik,
kemudian bilas. Bersihkan
sebarang tanda sisa dengan
peluntur.
Dakwat: bergantung pada jenis
dakwat, lembapkan pakaian dahulu
dengan aseton (*), kemudian dengan
asid asetik; bersihkan sebarang
tanda sisa pada pakaian putih
dengan peluntur dan kemudian bilas
dengan bersih.
Kotoran tar: bersihkan dahulu
dengan penghapus kotoran, spirit
bermetil atau benzin, kemudian
gosokkannya dengan pes
detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada
sutera buatan.