50
www.electrolux.com
Kotoran gris kering: lembapkan
dengan turpentin, bentangkan
pakaian tersebut di atas permukaan
yang lembut dan pedabkan tanda
kotoran dengan hujung jari dan
sehelai kain kapas.
Karat: asid oksalik dilarutkan dalam
air panas atau produk penghapus
karat digunakan dalam air sejuk.
Berhati-hati dengan tanda karat
yang sudah lama kerana struktur
selulosanya telah rosak dan pakaian
mudah berlubang.
Kotoran kulat: bersihkan dengan
peluntur, bilas dengan betul(kain
putih dan kain berwarna tahan
luntur sahaja).
Rumput: letak sedikit sabun dan
bersihkan dengan peluntur (kain
putih dan kain berwarna tahan
luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam:
lembapkan dengan aseton(*),
bentangkan di atas kain lembut
dan pedapkan tanda kotoran itu.
Gincu: lembapkan dengan aseton
(*) seperti di atas, kemudian
bersihkan kotoran dengan spirit
bermetil. Hapuskan sisa tanda
daripada kain putih dengan peluntur.
Wain merah: rendam dalam air
dan detergen, bilas dan bersihkan
dengan asid asetik atau sitrik,
kemudian bilas. Bersihkan
sebarang tanda sisa dengan
peluntur.
Dakwat: bergantung pada jenis
dakwat, lembapkan pakaian dahulu
dengan aseton (*), kemudian dengan
asid asetik; bersihkan sebarang
tanda sisa pada pakaian putih
dengan peluntur dan kemudian bilas
dengan bersih.
Kotoran tar: bersihkan dahulu
dengan penghapus kotoran, spirit
bermetil atau benzin, kemudian
gosokkannya dengan pes
detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada
sutera buatan.
Detergen dan perapi tambahan mesti
diisikan ke dalam petak yang sesuai di
laci dispenser sebelum memulakan
program basuh.
Hasil cucian yang baik juga bergantung
kepada pemilihan detergen dan
penggunaan jumlah detergen yang
betul untuk mengelakkan pembaziran
dan melindungi alam sekitar.
Meskipun detergen adalah mesra alam,
ia mengandungi bahan yang, boleh
menjejaskan keseimbangan alam, kalau
digunakan dalam jumlah yang besar.
Pemilihan detergen akan bergantung
kepada jenis kain (bahan halus, bahan
wul, kapas, dsb), warna, suhu cucian
dan takat kotoran.
Hanya detergen pencuci muatan
Hadapan yang rendah buih boleh
digunakan dalam perkakas ini:
6.6 Detergen dan Perapi Tambahan
detergen serbuk bagi semua jenis
kain,
detergen serbuk bagi kain halus
(60 °C maks.) dan bahan wul,
detergen cecair, sebaiknya bagi
program basuh suhu rendah (60 °C
maks.) bagi semua jenis kain, atau
khas bagi bahan wul sahaja.
Tuangkan detergen cecair ke dalam
ruang kotak dispenser bertanda ‘ ’
sebelum memulakan program.