EasyManua.ls Logo

Hitachi RAC-SX13CD - Page 43

Hitachi RAC-SX13CD
74 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
– 43 –
BAHASA MALAYSIA
PENJAGAAN
Kerja pembersihan dan penjagaan hendaklah dilakukan apabila lampu penapis nyala. Sebelum
kerja pembersihan, hentikan operasi dan keluarkan plag bekalan kuasa.
1. PRA-PENAPIS
Pra-penapis perlu dibersihkan kerana ia menyedut habuk di dalam bilik. Apabila pra-penapis diliputi
oleh habuk, ia akan menghalang pengaliran udara dan kesan pendinginan juga akan berkurang.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan bunyi bising. Pastikan pra-penapis dibersihkan mengikut
prosedur di bawah.
!
PERHATIAN
1
Buka panel depan dan keluarkan pra-penapis
Angkat dan keluarkan penapis pembersih
udara daripada pra-penapis dengan perlahan.
2
Bersihkan habuk daripada pra-penapis dan
penapis pembersih udara dengan pembersih
vakum. Jika terdapat terlalu banyak habuk,
bilaskan di bawah aliran air paip dan berus
perlahan dengan berus yang lembut. Biarkan
kering di tempat yang teduh.
3
Masukkan semula pra-penapis ke rangka
pra-penapis. Pastikan bahagian pra-penapis
yang bertanda "FRONT" menghala ke atas
dan sorongkan pra-penapis ke kedudukan
asalnya.
Setelah memasang penapis itu, tekan
panel depan mengikut 3 anak panah yang
ditunjukkan dan tutup.
!
PERHATIAN
Jangan cuci dengan air panas yang suhunya lebih dari 40°C. Pra-penapis mungkin mengecut.
Selepas mencucikannya, goncangkan pra-penapis untuk keluarkan air dan keringkannya di tempat
yang teduh. Jangan terdedah terus kepada cahaya matahari kerana pra-penapis mungkin mengecut.
Jangan gunakan sabun pada pra-penapis kerana sabun boleh mengakibatkan ia kehilangan
keupayaan elektrostatik.
NOTA:
Penapis pembersih udara hendaklah dibersihkan setiap bulan atau lebih awal jika terlalu kotor.
Penggunaan yang lama akan menyebabkan ia kehilangan fungsi pewangi. Pengguna disarankan
menukarnya setiap 1 tahun bergantung kepada keperluan untuk keberkesanan optima.
RAS-SD10CD-SX10CD-SD13CD-SX13CD (BM2) 43RAS-SD10CD-SX10CD-SD13CD-SX13CD (BM2) 43 2/26/14 7:22 PM2/26/14 7:22 PM

Other manuals for Hitachi RAC-SX13CD

Related product manuals