Baca dengan teliti dan simpan untuk
kegunaan masa hadapan kerana ia
mengandungi maklumat yang penting.
Kalkulator ini dikhaskan untuk
kegunaan kanak-kanak berusia 3 tahun
ke atas.
PENTING!
• Bateri yang disertakan TIDAK boleh
diganti!
• Ikuti arahan kitar semula apabila
mengeluarkan bateri.
• Bateri yang habis boleh dikeluarkan
daripada kalkulator. Ikuti arahan untuk
kitar semula apabila melupuskan bateri
yang habis.
• Apabila mengeluarkan bateri, pastikan
ia diletakkan jauh daripada anak kecil
kerana ia memberikan risiko tercekik.
• Jangan sesekali membuka bateri atau
mendedahkannya kepada haba.
• Jika anda tidak menggunakan kalkulator
ini untuk suatu tempoh yang lama,
keluarkan bateri dengan mengikuti arahan
kitar semula bagi mengelakkan risiko
kebocoran bateri.
• Jangan simpan kalkulator dalam
suhu yang melampau dan jangan
membiarkannya terdedah kepada cahaya
matahari dalam tempoh yang lama kerana
haba boleh merosakkan papan litar
kalkulator.
• Pastikan kalkulator disimpan jauh
daripada air, kelembapan dan habuk.
• Bersihkan kalkulator dengan kain yang
kering dan bersih.
BAHASA MALAYSIA 13