EasyManua.ls Logo

IKEA HALLVIKEN - Bahasa Malaysia

IKEA HALLVIKEN
40 pages
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
37
Membersih sink komposit kuarza
Sink berkomposit kuarza tidak boleh
menyerap rasa atau bau. Untuk memastikan
keindahan sink anda dapat dikekalkan
selama bertahun-tahun, anda mesti
membersih dan menjaganya sebaik
mungkin. Bilas sink anda dengan air setiap
kali selepas digunakan. Untuk mengelakkan
kesan-kesan sisik kapur daripada air yang
kering, bilas sink anda dengan air dan lap
dengan kain yang kering. Kesan-kesan yang
degil boleh digosok dengan berus lembut
atau span nilon yang dilembapkan dengan
cecair pembersih anti-pelelas. Bilas sink
dengan air dan lap dengan kain kering.
Kami menyarankan agar anda membersih
sink dengan sempurna dari masa ke
semasa. Bersih dengan sempurna dengan
mengisi sink dengan kira-kira 2 sm air
panas. Campurkan 2-3 sudu teh pencuci
pinggan mangkuk, atau satu penutup
pencuci mangkuk, dan kacau. Biarkan
selama 2 jam paling minimum dan
seeloknya semalaman jika boleh. Bilas sink
dengan air dan lap dengan kain kering.
Lelasan logam boleh ditanggalkan dengan
mudah dengan menggunakan span basah
busa melamina (Span Pemadam/Span
Ajaib), yang boleh didapti di kedai DIY
tempatan anda atau kedai perkakasan.
Jangan gunakan krim atau serbuk
pembersih pelelas, pati soda kaustik, asid
formik atau apa-apa jenis kakisan yang
kuat, termasuk pelarut seperti pencair cat
atau pencair nitro.
BAHASAMALAYSIA

Related product manuals