129
Pada skrin Utama, sentuh tab Aplikasi,
kemudian tatal dan sentuh Tetapan.
Wayarles & rangkaian
Di sini, anda boleh menguruskan Wi-Fi dan
Bluetooth. Anda juga boleh menyediakan
rangkaian mudah alih dan beralih kepada
mod pesawat.
Mod pesawat – Selepas beralih kepada
mod pesawat, semua sambungan wayarles
akan dinyahdayakan.
Wi-Fi – Sentuh untuk memilih: Ini akan
menghidupkan Wi-Fi untuk menyambung ke
rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
Tetapan Wi-Fi – Membolehkan anda
menyedia dan menguruskan pusat akses
wayarles. Set pemberitahuan rangkaian, atau
tambah rangkaian Wi-Fi. Skrin tetapan Wi-Fi
lanjutan diakses dari skrin tetapan Wi-Fi.
Sentuh kekunci Menu dan sentuh Lanjutan.
Tetapan Wi-Fi Direct – Tetapkan nama
peranti Wi-Fi Direct dan imbas untuk
mencari peranti lain. Atau jadilah Pemilik
kumpulan untuk membolehkan peranti Wi-Fi
legasi untuk menyambung.
Tetapan