EasyManua.ls Logo

LG KG800 - Garis Panduan Bagi

LG KG800
240 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Baca garis panduan mudah ini. Melanggar peraturan
mungkin merbahaya atau salah di sisi undang-
undang. Maklumat terperinci lanjut diberikan di
dalam buku panduan ini.
Pendedahan kepada tenaga
frekuensi radio
Pendedahan kepada gelombang radio dan
maklumat Kadar Penyerapan Tertentu (Specific
Absorption Rate) (SAR)
Telefon bimbit model KG800 ini telah direka bentuk
supaya mematuhi keperluan keselamatan yang
berkenaan bagi pendedahan kepada gelombang
radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis
panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan
yang bertujuan memastikan keselamatan bagi semua
orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
v
Garis panduan mengenai pendedahan kepada
gelombang radio ini menggunakan unit
pengukuran yang disebut Kadar Penyerapan
Tertentu (Specific Absorption Rate), atau SAR.
Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan
kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui yang
tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
v
Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara
aras-aras SAR bagi pelbagai model telefon LG,
kesemuanya direka bentuk supaya memenuhi
garis panduan relevan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
v
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
(Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg
dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
v
Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini
yang diuji oleh DASY4 bagi penggunaan pada
telinga ialah 0.084 W/kg (10g).
Penjagaan dan Penyenggaraan
Produk
v
Jangan buka bahagian-bahagian unit ini. (Bawa ia
ke juruteknik khidmat yang berkelayakan apabila
kerja pembaikan perlu dilakukan.)
v
Jauhkan dari alat elektrik seperti TV, radio atau
komputer peribadi.
v
Unit ini harus diletakkan jauh dari sumber haba
seperti penyinar atau alat memasak.
v
Jangan letak telefon anda di dalam oven
gelombang mikro kerana bateri akan meletup.
v
Jangan jatuhkan.
v
Jangan biarkan unit ini terkena getaran atau
kejutan mekanikal.
v
Salut telefon boleh rosak jika dibalut dengan
pembalut atau pembalut vinil.
v
Gunakan kain kering untuk membersihkan
bahagian luar unit. (Jangan gunakan pelarut
seperti benzena, pencair atau alkohol.)
AMARAN!
Gunakan hanya bateri, pengecas dan
aksesori yang diluluskan untuk digunakan khususnya
dengan telefon modelini. Penggunaan sebarang jenis
lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau
waranti yang berkaitan dengan telefon ini, dan
mungkin merbahaya.
Garis Panduan bagi Penggunaan
yang Selamat dan Cekap
Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
7

Table of Contents

Other manuals for LG KG800

Related product manuals