EasyManua.ls Logo

LG X POWER - Basic Operations; Home Screen Navigation

LG X POWER
42 pages
Go to English
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efi sien (bersambung)
10
Maklumat dan penjagaan bateri
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri lain,
tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi
bateri.
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG
direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang
boleh diterima. Pek bateri mungkin dicas beratus kali
sehingga ia perlu digantikan.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh
masa yang lama untuk memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya
matahari langsung atau gunakannya pada kelembapan
yang tinggi, seperti di bilik air.
Jangan biarkan peranti di tempat yang panas atau sejuk
kerana ini mungkin menjejaskan prestasi bateri.
Risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan.
Tanggalkan plag pengecas dari soket dinding setiap kali
selepas peranti dicas sepenuhnya untuk menjimatkan
kuasa pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi
rangkaian, tetapan produk, corak penggunaan, dan
keadaan bateri dan persekitaran.
Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau
gigi haiwan, bersentuhan dengan bateri. Ini akan
menyebabkan kebakaran.
Langkah penjagaan apabila menggunakan
kad SIM
Jangan masukkan kad SIM ke dalam peranti dengan
label atau perekat terlekat. Ini mungkin menyebabkan
kerosakan.

Other manuals for LG X POWER

Related product manuals