EasyManua.ls Logo

Noxxa LSR822 - Tindakan Keselamatan Penting

Noxxa LSR822
Print Icon
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
4
Ketika menggunakan produk ini, langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi adalah seperti
berikut:
1. Sila baca SELURUH BUKU PANDUAN sebelum menggunakan produk ini.
2. Pastikan kord kuasa dipasang dengan betul pada unit.
3. Pastikan plag dimasukkan dengan betul pada socket dinding. Jangan berkongsi soket yang
sama dengan peralatan elektrik lain.
4. Sambungan yang longgar antara soket dan kord kuasa akan mengakibatkan kebakaran.
5. Jauhi periuk daripada kanak-kanak dan bayi, dan arahkan kanak-kanak supaya tidak bermain
dengan produk ini.
6. Jangan gunakan periuk di atas meja atau meja yang tidak stabil atau tidak tahan panas.
7. Jangan gunakan periuk berhampiran dinding atau perabot. Wap panas dan haba dari
saluran keluar wap mungkin akan merosakkannya. Jauhikannya dari sebarang dinding atau
perabot pada jarak sekurang-kurangnya 30cm. Sentiasa simpan di tempat yang kering
dengan pengudaraan yang baik.
8. Jangan masukkan sebarang jarum atau benda tajam ke dalam saluran keluar wap atau celah
unit. Ini mungkin akan menyebabkan kejutan elektrik. Bersihkan penutup dengan kerap.
Pastikan bunyi klik yang jelas kedengaran setiap kali anda menutup penutup.
9. Jangan letakkan sebarang benda ke dalam periuk selain daripada periuk dalaman.
10. Hanya penapis seramik dan periuk dalaman keluli tahan karat yang disertakan dengan
produk ini boleh digunakan. Jangan gunakan sebarang periuk atau bekas memasak selain
daripada yang disediakan bersama unit.
11. Sentiasa gunakan periuk dalaman yang disediakan untuk memasak dan jangan beroperasi
sehingga periuk dalaman berada di dalam unit.
12. Jangan letakkan periuk dalaman di atas dapur gas atau di atas alat memasak lain untuk
dipanaskan. Ia boleh menyebabkan kerosakan.
13. Semasa beroperasi, jangan alihkan produk atau keluarkan periuk dalaman. Jangan buka
penutup semasa memasak. Ini mungkin akan mengakibatkan tumpahan dan melecur.
14. Apabila menggunakan produk ini, wap panas akan keluar dari saluran keluar wap. Jauhi
saluran keluar wap untuk mengelakkan daripada melecur.
15. Jangan tutup saluran keluar wap yang panas semasa mengendalikan produk. Jika tidak, ia
akan merosakkan unit.
16. Jangan gunakan unit di tempat yang bersuhu tinggi, kelembapan tinggi atau kawasan
beraltitud tinggi.
17. Jangan basuh beras di dalam periuk dalaman. Cadangkan supaya basuh beras di dalam
bekas lain dan kemudian masukkannya ke dalam periuk dalaman.
18. Kendalikan penapis seramik dengan berhati-hati pada setiap masa.
19. Jika terdapat sebarang kerosakan pada periuk dalaman atau penapis seramik, jangan
gunakannya lagi. Sila hubungi bahagian perkhidmatan selepas jualan untuk membeli periuk
dalaman yang baharu.
TINDAKAN KESELAMATAN PENTING