B. Malaysia
MY11
CARA MEMASANG PANCURAN MANDI ELEKTRIK
AMARAN
● Saiz Kabel Fleksibel dan pendawaian elektrik mestilah dipasang dengan sempurna untuk mencegah bahaya berasap dan
kebakaran.
● Semasa proses pemasangan, pastikan sumber elektrik dan air telah ditutup.
● Pancuran mandi ini hendaklah disambung secara kekal ke bekalan elektrik menerusi Suis ON/OFF DP (dwikutub) yang
mempunyai pemisahan sesentuh sekurang-kurangnya 3 mm pada semua kutub yang digabungkan dalam pendawaian tetap.
Suis ini hendaklah dipasangkan dengan jelas tetapi jauh dari jangkauan pengguna.
● Unit ini perlu dibumikan.
• Pembumian yang tidak sempurna boleh menyebabkan kejutan elektrik.
● Jangan memasang Unit Badan Penapis pada saluran keluar kerana air pada saluran masuk
OFF
MA
OFF
MA
OFF
MA
OFF
MA
C
L
E
A
N
I
N
G
FILT
E
R
Unit Badan
Penapis
Air Masuk
Air Keluar
tidak dapat ditapis dan mengakibatkan bendasing untuk masuk ke dalam unit. Ini akan
menyebabkan Unit Pemanas dan Kepala Pancuran tersumbat.
● Jangan memasang, menanggalkan, atau memasang semula unit dengan sendiri.
• Pemasangan yang tidak betul akan mengakibatkan kebocoran air, kejutan elektrik, atau kebakaran.
Pemasangan dan pendawaian haruslah dilakukan oleh pekerja yang mahir.
● Perkongsian paip untuk air masuk dan keluar adalah dilarang.
• Tekanan air akan berkurang sekiranya terdapat air keluar pada saluran yang lain.
Suhu air pancuran akan menjadi sangat panas.
PERHATIAN
● Kabel fl eksibel harus dimasukkan ke unit melalui bahagian yang sedia ada sahaja (jangan membuat lubang tambahan).
SEBELUM PEMASANGAN DIBUAT
1.
Pastikan tekanan air.
Tekanan Air Minima
: 9.8 kPa / 0.1 kgf/cm² / 1.42 psi (DH-3VS1 / DH-3WL1)
4.9 kPa / 0.05 kgf/cm² / 0.71 psi (DH-3VP1)
Tekanan Air Maksima
: 380 kPa / 3.87 kgf/cm² / 55 psi
• Cara mengukur tekanan air seperti dalam gambarajah. Air hendaklah mengalir keluar dari Hos setinggi
2.0 m dari Injap Air Utama.
2.0 m
Nota:
Apabila mengeluarkan unit dari bungkusan , kemungkinan ada kehadiran sedikit air di dalamnya.
Ini adalah biasa kerana unit-unit diuji semasa proses pembuatan.