EasyManua.ls Logo

Panasonic NR-F503GT-T7 - Page 30

Panasonic NR-F503GT-T7
80 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
30
Pengenalan
Berhenti menggunakan peti sejuk serta merta dan cabut plag,
jika terdapat keabnormalan atau kegagalan.
(Jika tidak, ia boleh menyebabkan asap, kebakaran atau kejutan elektrik.)
Contoh-contoh keabnormalan dan kegagalan
Kord atau plag kuasa menjadi terlalu panas
Kord kuasa terpotong atau cacat
Terdapat bau terbakar
Anda boleh merasakan getaran elektrik
Hubungi pengedar anda dengan segera untuk pemeriksaan dan pembaikan.
Di atas peti sejuk...
Jangan meletakkan apa-apa pun.
Jika tidak, ia mungkin jatuh akibat getaran dan menyebabkan kecederaan.
Jangan meletakkan apa-apa pun pada penutup atas.
(Jika tidak, bahagian tersebut boleh menjadi cacat dan boleh menyebabkan
kejutan elektrik.)
Ketika menggunakan...
Jangan bergayut atau menaiki pintunya.
Jangan sapukan air pada badan atau bahagian dalam.
(Jika tidak, penebat elektrik menjadi lusuh dan boleh menyebabkan kejutan atau kebakaran.)
Jangan menyentuh perkakasan di atas dulang membuat ais.
Jangan mengeluarkan dulang pembuatan ais ketika fungsi membuat ais beroperasi.
Jangan menyimpan bahan mudah terbakar di dalam peti sejuk.
Jangan menyimpan bahan kimia atau spesimen sains.
Jangan menyembur bahan kimia mudah terbakar berhampiran peti sejuk.
Jangan mengenakan impak tinggi pada pintu kaca.
(Jika tidak, kaca boleh pecah dan menyebabkan kecederaan.)
Jika ia didapati retak, jangan sentuh kaca dan rujuk kepada wakil pengedar anda dengan segera.
Kanak-kanak harus diawasi bagi memastikan peti sejuk digunakan dengan cara yang betul.
Ketika memasang...
Jangan memasang produk di lokasi yang terdedah kepada air.
Jangan mengisi rongga di sekeliling peti sejuk.
(Jika pendingin bocor, ia boleh terbakar.)
Menyediakan langkah keselamatan jika peti sejuk terbalik disebabkan oleh keadaan seperti
gempa bumi.
Pastikan plag peti sejuk dipasangkan ke dalam soket utama yang dialirkan ke bumi.
Jangan memasang plag ke dalam soket utama yang tidak dialirkan ke bumi. (Plag 3 pin)
Ketika membuang dan mengitar semula produk...
Sekiranya anda bimbang kanak-kanak mungkin masuk semasa mengitar semula produk, buang
pembungkus pintu.
Pendingin menggunakan gas mudah terbakar.
Dan Cyclo-Pentana digunakan sebagai penebat untuk peti sejuk ini.
Apabila anda membuang produk ini, sila lupuskannya mengikut cara yang betul.
Label amaran yang dinyatakan di atas mesti disimpan sepanjang penggunaan peti sejuk ini.
Manual ini hendaklah diserahkan kepada mana-mana individu yang akan menggunakan atau
mengendalikan peti sejuk apabila peti sejuk akan dipindahkan ke mana-mana lokasi lain atau
dihantar ke kilang kitar semula.

Table of Contents

Related product manuals