EasyManua.ls Logo

Panasonic NR-F503GT-T7 - Ruang Pilih Segar Asli;Dingin

Panasonic NR-F503GT-T7
80 pages
To Next Page IconTo Next Page
To Next Page IconTo Next Page
To Previous Page IconTo Previous Page
To Previous Page IconTo Previous Page
Loading...
38
Operasi
Ruang pilih Segar Asli/Dingin
Ruang pilih ditetapkan kepada [CHILLED] semasa pembelian.
Sila tetapkan untuk menyesuaikan tujuan penyimpanan makanan.
Menggunakan sebagai ruang segar asli
Anggaran -3 °C ~ -1 °C
Apabila anda ingin memanjangkan jangka hayat makanan dengan membuatkannya separa beku.
Ruang ini sesuai untuk menyimpan makanan segar seperti daging atau ikan.
Jika dibandingkan dengan menyimpan di dalam ruang dingin atau petak peti
sejuk, jangka hayat penyimpanan daging atau ikan menjadi lebih lama.
Suhu boleh ditetapkan kepada “ 1 ”, “ 2 ” atau “ 3 ” untuk disesuaikan dengan isi
padu dan jenis makanan. (Hal. 34)
Tetapan untuk PRIME FRESH “ 1 ”, “ 2 ” dan “ 3 ” menggunakan lebih 10% tenaga
berbanding dengan tetapan [CHILLED].
Lampu ruang pilih (LED)
sedang menyala dalam
warna biru terang
Apabila makanan terlalu beku......
Hirisan ikan mentah atau hirisan daging mungkin
menjadi terlalu beku.
Tetapkan suhu kepada “ 1 ” untuk mengelakkan
makanan terlebih beku.
Apabila makanan tidak separa beku......
Bergantung kepada jenis makanan seperti daging ketul atau ikan besar, keadaan penyimpanan dan suhu
sekeliling, makanan mungkin tidak separa beku seperti dikehendaki. Tetapkan suhu kepada “ 3 ”.
Menggunakan sebagai ruang dingin
Anggaran 0 °C ~ 2 °C
Apabila anda tidak mahu membekukan makanan.
Ruang ini sesuai untuk menyimpan makanan dingin atau produk tenusu.
Bergantung kepada makanan, ia mungkin dibekukan sebahagian.
Ubah kedudukan makanan atau tetapkan suhu petak peti sejuk kepada “ 1 ”.
Lampu ruang pilih (LED) sedang
menyala dalam warna putih
Petua menyimpan
Tetapan manakah yang sesuai untuk makanan ini?
●Daging ●Ikan PRIME FRESH (SEGAR ASLI)
●Makanan dingin
●Keju
●Krim segar
●Mi rebus
CHILLED (DINGIN)
Apakah makanan itu tidak sesuai untuk Segar Asli/Dingin?
●Telur ●Susu ●Air ●Jus Tauhu Dalam petak peti sejuk
●Sayur • Buah Dalam petak sayuran
●Ais ●Ais krim ●Makanan beku Dalam petak pembeku
Permintaan
Apabila anda menukar tetapan suhu, pastikan untuk menggantikan makanan agar sesuai dengan suhu yang ditetapkan.
Mudah dipotong.
Makanan yang separa
beku mudah dipotong!
Ia amat membantu.

Table of Contents

Related product manuals