43
Bahasa Melayu
Lampiran
Mencuci dan menanggalkan serta memasang semula
Lakukan pembersihan dan penyelenggaraan berkala bagi memastikan peti sejuk sentiasa bersih dan ini akan 
membantu memanjangkan tempoh operasi.
Sebelum membersihkan atau menyelenggara, pastikan plag kuasa dicabut terlebih dahulu.
Jangan memasang atau mencabut plag kuasa jika tangan anda basah. Jika tidak ia boleh menyebabkan kejutan 
elektrik atau kecederaan.
Pembersihan
Bersihkan peti sejuk serta merta selepas dikotori.
Lap kotoran mudah tanggal dengan kain yang dicelup dalam air suam.
Lap kotoran degil menggunakan kain yang dicelup dalam sabun dapur neutral.
Kemudian lap lebihan sabun dengan kain yang dicelup dalam air suam.
Untuk menyudahkan pembersihan, pastikan anda mengelap permukaan untuk mengeringkan lebihan 
kelembapan.
Bersihkan bahagian tersorok sekurang-kurangnya sekali setahun.
Habuk terkumpul boleh menyebabkan pembaziran elektrik. 
Buang habuk terkumpul pada soket dinding dan di celah-celah peti sejuk.
Lap serta-merta!
Jika cecair meleleh pada tepi 
pintu, dengan cepat tekup 
dan lap dengan kain kering. 
Perhatian
 ●
Pintu dibuat daripada kaca. Jangan mengenakan impak pada permukaan dan tepi pintu semasa membersihkan.
 ●
Jangan menggunakan alat yang tajam (terutama alat logam).  (Ia boleh menyebabkan kerosakan.)
 ●
Jangan menggunakan bahan berikut untuk mencuci.
Beralkali atau 
sedikit beralkali
Sabun dapur, 
Pencuci kaca
(Ia meretakkan plastik.)
Penyental,  
Span pengilat
Pencuci, 
Sabun serbuk
Benzin, Pencair, 
Alkohol, Asid,  
Petrol
Air panas
Jika cap jari atau kotoran tidak boleh 
dihilangkan dengan mudah, lap dengan 
kain yang direndam sedikit dalam 
sabun dapur neutral kemudian dengan 
kain basah. Lap sekali lagi dengan kain 
kering.
Bahagian sangga untuk pintu petak 
peti sejuk berputar telah disalut dengan 
pelincir. Jangan lap bahagian ini.
→  Jika anda telah mengelapnya, 
hubungi pengedar anda.
Bagi pelekat pintu, lap dengan kain lembut 
yang basah, kemudian lap dengan kain kering.
(Pelekat yang kotor mudah rosak dan boleh 
menyebabkan kebocoran udara sejuk.)