Penting
◗ Sila baca arahan-arahan berikut dengan teliti dan perhatikan
gambarajah-gambarajah sebelum menggunakan perkakas itu.
◗ Jangan buang arahan-aharan ini.Simpan untuk rujukan di masa
hadapan.
◗ Alat ini cuma untuk penggunaan di rumah.
◗ Sebelum memasang perkakas itu,periksa sama ada kuasa voltan
yang dipaparkan pada perkakas itu serasi dengan kuasa voltan suis
utama di kediaman anda.
◗ Jangan gunakan perkakas itu semasa kord suis utama,palam,atau
komponen-komponen lain rosak.
◗ Kord wayar alat ini yang rosak cuma boleh digantikan oleh Philips
atau pusat servis yang disahkan oleh Philips,kerana penggantian
membutuhkan peralatan dan/atau bahagian yang spesial.
◗ Jangan sekali-kali menggunakan aksesori atau bahagian yang dibuat
oleh pengeluar-pengeluar lain,ataupun yang tidak disarankan khas
oleh Phillips.Jaminan anda akan menjadi tidak sah sekiranya anda
menggunakan aksesori atau bahagian sebegitu.
◗ Periksa penyaring setiap kali mahu menggunakan perkakas itu.Jika
anda mengesan apa-apa keretakan atau kerosakan,jangan gunakan
perkakas itu dan hubungilah pusat servis Phillips yang terdekat.
◗ Pastikan semua bahagian dipasang dengan betul sebelum anda
menghidupkan perkakas itu.
◗ Hanya gunakan perkakas apabila kedua-dua penyelak terkunci.
◗ Jangan biarkan perkakas hidup melebihi 2 minit tanpa henti.Jika
anda belum selesai menyari jus,biarkan perkakas menyejuk selama
2 minit sebelum menghidupkannya semula.
◗ Jauhkan perkakas itu dari kanak-kanak.Jangan biarkan kanak-kanak
mengendalikan perkakas tanpa penyeliaan.
◗ Jangan sekali-kali membiarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.
◗ Jangan sekali-kali memasukkan jari atau objek ke dalam tiub
penyuap sewaktu perkakas sedang berjalan.
◗ Buka kunci penyelak hanya selepas mematikan perkakas itu dan
selepas penyaring berhenti memutar.
◗ Bekas pulpa tidak boleh dialihkan ketika perkakas sedang
beroperasi.
Deskripsi Am
Sila buka diagram terlipat pada muka surat 3.
A Penstoran Kord
B Hidup/Mati
C Unit motor
D Penyelak penutup
E Aci penggerak
F Cawan jus (jenis HR1821 sahaja)
G Penutup cawan jus dengan pengasing busa bersepadu (jenis HR1821
sahaja)
H Bekas pulpa
I Pengumpul pulpa
31BAHASA MELAYU