perkakas menjadi panas, matikan perkakas dan hubungi pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips
Jangan buka tukup dari tangki stim semasa tangki stim masih panas. Ikuti arahan yang
diberikan kemudian dalam manual ini.
Jangan gunakan tukup lain pada tangki stim selain yang telah dibekalkan bersama perkakas ini,
kerana tukup ini juga berfungsi sebagai injap keselamatan.
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di rumah sahaja.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.
Sebelum penggunaan pertama
1
Menanggalkan pelekat atau kerajang pelindung dari tapak plat dan bersihkannya dengan kain
lembut.
2 Bukakan kord sesalur sepenuhnya.
3 Letakkan tangki stim pada permukaan yang stabil dan rata.
4 Letakkan seterika pada dirian seterika.
Bersedia untuk menggunakannya
Mengisi tangki stim
Jangan sekali-kali tenggelamkan tangki stim di dalam air.
Jangan buka tukup tangki stim semasa seterika dan tangki stim masih panas.
Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan atau
bahan kimia lain ke dalam tangki air.
1 Tanggalkan palam utama dari soket dinding.
2 Buka skru tukup tangki stim dengan perlahan-lahan (Gamb. 2).
Nota: Anda akan terdengar suatu bunyi semasa anda menanggalkan tukupnya. Bunyi ini disebabkan oleh
vakum atau tekanan baki di dalam tangki air dan ia adalah perkara biasa.
3 Isikan tangki stim dengan air paip sehingga paras maksimum (maks. 1 liter) (Gamb. 3).
Nota: Jika air paip di kawasan anda amat liat, kami menasihatkan supaya anda mencampurkannya
dengan jumlah air suling yang sama banyak, atau gunakan air suling sahaja.
4 Kesat air di sekeliling lubang isian selepas mengisi.
5 Tutup rapat tukupnya pada bukaan tangki stim.
Isian semula yang pantas
1 Pastikan plag perkakas dipasang ke sesalur kuasa dan pastikan suis seterika ditetapkan ke
‘hidup’. (Gamb. 4)
2 Tetapkan suis tangki stim ke ‘mati’.
3 Tekan pengaktif stim sehingga anda tidak lagi mendengar sebarang stim keluar dari
perkakas (Gamb. 5).
4 Letakkan sehelai kain di atas tukup tangki stim.
,
,
,
BAHASA MELAYU 31