5 Pastikan pengaktif stim tertekan ke dalam dan buka tukup tangki stim dengan perlahan-lahan
dengan memusingkannya ke arah lawan jam.
Ini akan menyahtekanan tangki stim.
6 Pastikan tiada stim yang tertinggal di dalam tangki stim.
7 Tanggalkan palam utama dari soket dinding.
8 Biarkan perkakas menyejuk selama kira-kira 2 minit.
9 Isi tangki stim seperti yang dijelaskan dalam bahagian ‘Mengisi tangki stim’ dan biarkan
perkakas menjadi panas lagi.
Menetapkan suhu
1 Letakkan seterika pada dirian seterika.
2 Untuk menetapkan suhu seterika yang dikehendaki, putar tombol suhu ke kedudukan yang
betul (Gamb. 6).
Periksa label penjagaan untuk mengetahui suhu seterika yang sesuai:
Simbol pada
label jagaan
kain cucian
Jenis kain Tetapan suhu Tetapan stim (GC6320
sahaja)
B Kain sintetik (contohnya asetat,
akrilik, viskos, poliamida, poliester)
dan sutera
1 MIN (lihat ‘Menyeterika
tanpa stim’)
C Benang bulu 2 Rendah hingga
sederhana
D Kain kapas, linen 3 Sederhana hingga MAX
Z Sila ambil perhatian bahawa Z
pada label bermaksud bahan
berkenaan tidak boleh diseterika.
Jika anda tidak tahu jenis kain sesuatu pakaian itu diperbuat, tentukan suhu penyeterikaan yang betul
dengan menyeterika bahagian pakaian yang tidak kelihatan apabila anda memakainya.
Bahan sutera, wul dan sintetik: seterika di bahagian belakang kain tersebut untuk mencegah tompok-
tompok berkilau.
Mulai menyeterika barang yang memerlukan suhu seterika yang paling rendah, seperti barang yang
dibuat daripada serat sintetik.
3 Pasangkan plag sesalur kuasa di dalam soket dinding terbumi dan tetapkan kedua-dua suis
tangki stim dan seterika ke ‘hidup’. (Gamb. 7)
Tangki stim dan lampu kuasa hidup seterika menyala. Lampu suhu pada seterika jua akan
menyala.
Tangki stim dan tapak plat mula menjadi semakin panas.
Nota: Seterika tidak cukup panas apabila lampu suhu padam.
Nota: Jika anda telah menyeterika pada suhu yang tinggi dan kemudian tetapkan tombol suhu ke
tetapan yang lebih rendah, tunggu sehingga lampu suhu menyala lagi sebelum anda meneruskan dengan
menyeterika. Ini mengelakkan kerosakan pada kain anda.
Nota: Semasa menyeterika, lampu suhu menyala dari masa ke semasa. Ini menandakan bahawa
seterika semakin panas hingga ke suhu yang betul.
,
,
BAHASA MELAYU32